Projek Kabinet TV Diperbuat Daripada Material Yang Murah

578 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Selalunya apabila bercakap mengenai sebuah kabinet tv yang mahal dan berkualiti tinggi mesti ramai yang mengelak untuk membelinya kerana risau akan membazirnya duit kepada sesuatu yang tidak berbaloi untuk dibeli.

Apa kata kalau buat jer projek kabinet tv ini secara diri sendiri. Ramai pula akan cakap bahan susah untuk didapati dan memakan masa untuk membuatnya. Melalui perkongsian daripada Mohd Zalman ini, beliau menyatakan untuk membuat diy ini senang sahaja.

Untuk barangan pula hanya guna yang murah sahaja. Tidak perlu untuk guna yang mahal. Cukuplah guna material murah iaitu chipboard dan juga blockboard. Hasilnya pun sudah cukup membanggakan.

Hanya Guna Material Murah Sahaja Terus Menjadi Sebuah Projek Kabinet TV Yang Gempak

Salam semua ahli kumpulan. Projek diy kabinet tv. Material murah dan senang nak tukang untuk nubis macam saya chipboard dan blockboard aje lah.

Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Projek Kabinet TV Ini

Langkah-Langkah Dalam Membuat Kabinet TV Murah Kualiti Tinggi

Kabinet TV sebelumnya. Kabinet pun umur dah 13 tahun. Asal lengkap kabinet tv material mdf, faham² aje lah.

Projek Kabinet TV

Lakukan draf untuk potongan papan, lubang hinges, dan abs.

Projek Kabinet TV

Papan marble baru sampai, kita susun dulu.

Tengah membuat rangka bawah. Lekat ke dinding guna kayu 1½"x2½" dan bracket besi L.

Cek pintu utk pastikan ukuran ngam sblm pasang rangka ke dinding.

Projek Kabinet TV

Terpaksa tebuk sikit untuk beri laluan kepada plug point.

Prosess membuat rangka sedang dijalankan.

Projek Kabinet TV

Permukaan beam tidak rata. Terpaksa ketuk beam sikit untuk masukkan rangka atas. Barulah ngam.

Siap juga bahagian rangka ini. Letak di sebelah walaupun tak siap dah nampak cantik.

Pasang rangka alas dengan lebihan papan yang ada je. Cara paling mudah untuk dapatkan pemasangan yang baik.

Pasang pintu dan setup hinges ni paling leceh untuk dilakukan. Kalau banyak pintu maka banyaklah kena buat.

Projek Kabinet TV

Done pasang pintu.

Pasang led strip belakang tv.

Tadaaaa! Siap dah pasang led strip belakang tv. Kita sambung ker proses seterusnya.

Untuk wall panel kabinet tv ni pastikan guna fluted panel. Kelebihannya adalah cantik, senang pasang, material lembut mudah nak potong dan raut ikut bentuk.

Untuk lekatkan fluted panel ni hanya gunakan gam jenama X-Bond jer. Tu pun dah lekat dengan kuat.

Projek Kabinet TV

Hasil Akhir DIY Kabinet TV Yang Dilakukan

Akhirnya siap juga ahirnya kabinet TV yang dilakukan ini. Walaupun proses memakan masa dan tenaga namun hasil akhir kabinet tv sememangnya kelihatan sangat premium dan berkualiti tinggi.

Projek Kabinet TV

Sumber : Mohd Zalman

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down