Projek Mini Laundry Bahan-Bahan Dari Shopee Dan Lazada

6,020 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila sebut jer mengenai sebuah ruang laundry ataupun mini laundry ini ramai anggap semua itu memerlukan modal yang besar untuk membuat bahagian sebegitu. Sebenarnya tidak kerana apabila membuat projek laundry ini bergantung kepada saiz ruang tersebut.

Ikutilah cara yang dilakukan oleh Mie Suhaimi dengan melakukan projek mini laundry space yang hanya merangkumi daripada barang shopee dan juga lazada. Tiada yang mustahil untuk membuat projek sebegini dengan modal yang rendah.

DIY Melakukan Sebuah Projek Mini Laundry Space Hanya Dari Barang Shopee & Lazada

Nak share ataupun kongsikan sebuah projek mini laundry space yang kecil hanya beli bahan-bahan daripada shopee dan juga lazada sahaja. Simple dan praktikal untuk rumah dengan keluasan kecil ataupun terhad.

Sebuah Projek Mini Laundry Yang Simple Untuk Dilakukan

Sebelum pergi kepada projek utama ini, lakaran 3D Model dilakukan sebagai panduan agar projek mini laundry ini berjaya dilakukan. Software yang digunakan adalah sketchup yang khas untuk membuat model 3D.

Projek Mini Laundry

Barangan-Barang Yang Digunakan Untuk DIY Projek Mini Laundry Ini

Proses Dalam Melakukan DIY Projek Mini Laundry Ini

Pertama sekali adalah buat ruang khas untuk mesin basuh dan ditambahkan lagi dengan playwood pada bahagian atas. Seterusnya lekatkan backsplash stiker seperti dalam gambar dibawah.

Setelah selesai bahagian backsplash, cat kan pada bahagian dinding dengan warna kelabu. Tak kisah jenama cat apa yang digunakan. Sambil-sambil tunggu cat kering tu boleh pasangkan rod gantung. Boleh sangkut pakaian kecil pada rod tersebut.

Projek Mini Laundry

Lampu LED juga jangan lupa untu tujuan membasuh pada waktu malam. Ini adalah switch untuk lampu LED tersebut.

Nak tambahkan lagi ruang sedia ada boleh tambahkan compartment pada bahagian atas ni. Sini saya tambah 2 lagi ruang.

Projek Mini Laundry

Maka inilah dia projek diy mini laundry yang dilakukan khas dengan hanya terdiri daripada barang shopee dan juga lazada. Semoga ini dapat dijadikan sebagai inspirasi untuk orang lain juga.

Projek Mini Laundry

Kredit : Mie Suhaimi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down