Projek Pemasangan Dinding Accent Dan Shiplap Pada Ruang Tamu

10,826 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan dekorasi dinding pada masa kini dengan menggunakan kayu MDF cukup diminati oleh pemilik rumah tidak mengira peringkat umur.

Boleh dikatakan projek pemasangan dinding accent dan shiplap pada ruang tamu ini tidak begitu mudah untuk dilakukan. Namun, ia juga tidaklah begitu sukar untuk dilakukan.

Selain itu, sebab mengapa ianya digemari oleh orang ramai adalah kerana, penggunaan dekorasi dinding jenis ini mampu membuatkan ruang yang dipasang itu lebih kelihatan menarik dan ceria.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti cara dan idea pemasangan accent wall dengan lebih lanjut di bawah ini

Projek Pemasangan Dinding Accent Dan Shiplap Pada Ruang Tamu Kediaman

Projek pemasangan Accent wall dan shiplap wall. Nak kata senang tak juga, nak kata susah tak juga.

Penat sudah tentu tetapi, bila lihat hasil, rasa berbaloi-baloi.

Keadaan dinding semasa proses pemasangan accent wall. Gam yang digunakan dalah XBond.

Projek Pemasangan Dinding Accent Dan Shiplap

Bahagian ruang bawah tangga semasa proses pemasangan dinding shiplap dilakukan.

Projek Pemasangan Dinding Accent Dan Shiplap

Bahagian bawah tangga semasa lapisan pertama cat disapu (coating).

Projek Pemasangan Dinding Accent Dan Shiplap

Ruang bawah tangga tadi setelah selesai dipasang dinding shiplap. Sangat cantik hasilnya.

Projek Pemasangan Dinding Accent Dan Shiplap

Dinding sebelah accent wall juga turut dipasang shiplap supaya ia lebih sekata dan menarik.

Projek Pemasangan Dinding Accent Dan Shiplap

Bahagian pintu masuk ruang tamu tadi setelah disapu cat coating.

Projek Pemasangan Dinding Accent Dan Shiplap

Bahagian pintu masuk setelah dekorasi dinding siap dipasang. Sangat menarik dan kreatif.

Projek Pemasangan Dinding Accent Dan Shiplap

Inilah hasil penuh ruang tamu setelah selesai diubahsuai. Cukup menakjubkan.

Gambar senarai cat yang digunakan.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Kredit: Firdaus Ishak

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down