Projek Pemasangan Sail Sunshade Untuk Bahagian Halaman Rumah

969 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sampai bila nak korang nak mandi kolam yang ada pancaran matahari melainkan ianya kolam ruang yang tertutup. Yang mana ada kolam terbuka dirumah ini rasanya projek pemasangan sunshade ini sudah semestinya merupakan projek yang sesuai untuk anda.

Eddy Azuan kongsikan cara untuk membuat projek pemasangan sail sunshade ataupun dipanggil penghalang pancaran matahari. Dengan memasang sunshade ni, nak mandi kolam pun tak payah risau dah akan pancaran matahari yang panas terik.

Nak mandi pada waktu tengaharidan pagi tidak jadi masalah dah. Malah, waktu hujan pun boleh mandi. Jom kita lihat bagaimana diy pasang sunshade ini dilakukan oleh beliau.

Projek Pemasangan Sail Sunshade Untuk Diletakkan Pada Kolam Halaman Rumah

Bebekalkan impian dan bayangan serta kemahiran lukisan tahap UPSR.

Kita realisasikan juga projek SAIL SUNSHADE ni. hahahaha. Kali ni strugle sikit sebab tak banyak reference di online. Memang uji kesabaran betul. Kesimpulan, nak pasang menda ni TIANG musti mau kukuh dan padu teruk.

Dalam kes ni tq abam tukang besi sudi bantu dengan RM200. Takyah nego, orang dah bantu buat kira baik dah. Kena support juga bisnes tukang.

Alhamdulillah, eksperimen berjaya namun belum tahap kualiti dan hasil sempurna

Cara Yang Betul Untuk Proses Pemasangan Sail Sunshade

Ni la lukisan budak bukan bidang.

Pemasangan Sail Sunshade

Hasil lukisan ni yg membantu tukang besi jadikan realiti.

Pemasangan Sail Sunshade

Ni rasanya kali ke 18 naik atas tu cari mistake. Sebab masa ni tak tahu lagi cara pemasangan yang betul.

Hook tu kerana guna batang besi tak cukup padu. Maka kena tambah hook kalau nak lawan angin pelayaran.

Pemasangan Sail Sunshade

Dari pagi sampai ke malam DIY yang dilakukan ini. Nasib siap sebelum nak sambung esok.

Pemasangan Sail Sunshade

Ni dah padu tp masih berkedut.

Akhirnya, ni ja hasil termampu. Janji dia tak takung air.

Pemasangan Sail Sunshade

Kredit : Eddy Azuan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down