Projek Pemasangan Shera Plank Pada Pagar 3 Suku

1,878 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Boleh dikatakan semua pemilik rumah mahukan privasi pada bahagian kawasan rumah sendiri. Tambahan lagi jika pagar rumah kita terlalu rendah, sudah pasti bahagian dalam rumah kita senang dilihat oleh orang luar.

Namun, bagi memastikan privasi terjaga, ianya boleh dijadikan lebih privasi dengan hanya melakukan pemasangan Shera plank sahaja.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Fekree Huo Da. Beliau telah menukarkan pagar 3 suku rumahnya tersebut jadikan lebih tinggi dan menarik.

Jadi, jom kita lihat cara beliau cantikkan bahagian pagar rumah supaya ianya lebih privasi.

Projek Pemasangan Shera Plank Pada Pagar 3 Suku Jadi Lebih Privasi

Akhirnya, siap dengan guna Shera board sahaja. Masa buat pagar dulu indon pun pelik kenapa suruh buat pagar 3 suku je biar kosong terlapang macam tu.

Sebab saya ada gambaran idea nak buat, hanya guna Shera board sahaja modal RM85 5 pcs. Shera board ini memang untuk kegunaan outdoor tahan panas dan hujan. Paling cantik sebab ada texture kayu.

Jadi, dalam gambar dibawah ada gambaran saya start macam mana. Harga shera board di tempat saya 10 kaki panjang, lebar 6 inchi RM17 sahaja per pcs.

Inilah rupa pagar yang akan dipasang Shera plank itu. Kalau lihat gambar di bawah ini, bahagian pagar hadapan rumah cukup rendah. Ianya agak membahayakan memudahkan orang tidak dikenali masuk.

Pemasangan Shera Plank

Langkah pertama, pasang besi penghadang terlebih dahulu bagi memudahkan pemasangan shera plank tersebut kerana ianya perlu di skru.

Pemasangan Shera Plank

Kayu Shera yang akan digunakan. Nak potong papan shera ini sangat senang, beliau guna grinder mata diamond potong mozek. Selepas itu, skru je guna self drill screw.

Pemasangan Shera Plank

Boleh potong seperti ini, namun jika ada bentuk dan idea lain. Boleh potong mengikut kreativiti anda.

Pemasangan Shera Plank

Kayu Shera itu mula dipasang.

Pemasangan Shera Plank

Beginilah hasilnya setelah selesai dicat. Sangat cantik dan menarik.

Pemasangan Shera Plank
Pemasangan Shera Plank

Itu sahaja perkongsian projek DIY mencantikkan pagar rumah pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down