Projek Ubahsuai Rumah Pusaka Arwah Bonda Yang Terbiar

11,724 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Projek ubahsuai rumah terutamanya rumah pusaka terbiar merupakan perkara yang terbaik untuk dilakukan agar ia memastikan mengekalkan binaan rumah tersebut. Jika ada rumah pusaka yang terbiar, lebih elok ubahsuai bukannya dibiarkan begitu sahaja.

Seorang wanita yang bernama Rohana Mohd Ali telah berkongsikan hasil daripada projek ubahsuai rumah pusaka arwah bonda beliau. Menurut beliau, rumah tersebut hanyalah rumah kampung biasa dengan sepauh konkrit dan separuh kayu.

Walaupun rumah itu hanya rumah biasa dan kecil, ia merupakan sebuah syurga buat keluarga beliau. Banyak kenangan yang telah tercipta disitu. Jadi, jom kita tengok hasil ubahsuai daripada projek ubahsuai rumah ini yang dilakukan oleh beliau.

Projek Ubahsuai Rumah Pusaka Arwah Bonda Yang Terbiar Sejak 2014

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah Akak nak kongsi project kami ubah suai rumah pusaka arwah bonda yang terbiar kosong sejak 2014 banjir besar melanda kawasan kampung kami di Kelantan.

Dengan budget yang kecil dan ruang yang sangat terbatas. Kami buat reno berkonsep terbuka dan bertemakan Rumah Queenslander

Rumah Kampung Biasa

Rumah ini dibina pada masa kakak beliau masih di sekolah menengah lebih kurang 42 tahun lalu. Rumah kampung biasa  sahaja dengan separuh konkrit dan separuh kayu. Walaupun kecil, itulah syurga bagi kami sekeluarga

Projek Ubahsuai Rumah

Bahagian ruang tamu kecil yang sangat padat dan terhad

Keadaan ruang tamu selepas.

Projek Ubahsuai Rumah

Tangga lama masih lagi di simpan kerana seni estatik nya dan kayu cengal yang skar di cari kini

Kerusi kayu yang berusia lebih 50 tahun. Ia masih lagi elok dan utuh.

Projek Ubahsuai Rumah

Ruang dapur dalam proses ubahsuai lagi ini.

Konsep terbuka membuat rumah kecil untuk kelihatan lebih luas dan selesa.

Ruang tamu family di bahagian atas dengan sofa lama arwah bonda

Bilik ke empat yang dahulunya beranda yang tak pernah digunakan

Projek Ubahsuai Rumah

Bahagian tandas pada tingkat atas

Bahagian pantry bahagian atas.

Permandangan mini roses garden. Bolehlah buat cuci mata tengok sekeliling rumah waktu petang.

Projek Ubahsuai Rumah

Pandangan daripada luar. Siap install auto gate.

Projek Ubahsuai Rumah

Bahagian ruang solat pada bahagian bawah yang berdekatan dengan bilik laundry.

Sumber : Rohana Mohd Ali

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down