Proses Bina Ruangan TV Di Atas Tanah Pembakaran Sampah Sarap

3,975 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nak bina sesuatu ruangan dirumah ini bukannya senang. Ia memerlukan sebuah tanah yang kosong dan tidak mengganggu apa-apa untuk teruskan lakukan proses tersebut. Kalau ada pun kena pastikan terlebih dahulu bahawa tanah itu selama untuk diduduki sebelum membina binaan diatasnya.

Lelaki bernama Bahrudin Hanz Hanz ini berkongsikan proses bina ruangan tv dirumahnya diatas tanahtepi halaman rumahnya. Yang lebih mengejutkan ialah tanah tersebut asalnya tempat pembakaran sampah sarap. Namun, sepanjang melakukan proses binaan tersebut bliau menyatakan tiada masalah dihadapinya.

Jom kita melihat bagaimana proses bina ruangan tv tersebut dilakukan oleh Bahruddin ini dan hasil akhir ruangan tv tersebut.

Lelaki Ini Kongsikan Hasil Proses Bina Ruangan TV Di Atas Tanah Pembakaran Sampah Sarap

Sudah hampir 1 bulan lebih pkp, pkpd, maka terhasilnya satu ruangan tv berkonsep moden dan simple ini.

Tempat ini asalnya tempat pembakaran sampah sarap namun disebabkan tempat tersebut luas dan berdekatan dengan rumah. Maka, dapat ilham untuk jadikan ruang kosong tersebut untuk proses bina ruangan tv pada bahagian tersebut.

Proses Untuk Bina Ruangan TV Sedang Dijalankan

Inilah dia ruangan tv sebelum proses ini dijalankan. Sememangnya tempat ini merupakan tempat pembakaran sampah sarap pada tepi halaman rumah.

Bina Ruangan TV

Untuk memulakan proses ini, pertama ialah dengan memasang tiang. Tanah disini jenis tak turun jadi memudahkan proses gali tu senang.

Bina Ruangan TV

Dah siap tambah tiang, kini buat pula dinding untuk menampakkan saiz lagi ruang tv ini.

Bina Ruangan TV

Kerangka atas jangan lupa untuk dibuat sebegini.

Pandangan bumbung daripada jarak jauh.

Proses memasang atap atas sudah pun selesai.

Bina Ruangan TV

Beralih kepada bahagian dalaman pula. Ianya dimulakan dengan memplaster dinding batu bata tadi untuk nampak lebih smooth.

Grill jangan lupa untuk pasang. Ini untuk keselamatn daripada pencuri masuk kedalam.

Bina Ruangan TV

Tile pilih saiz yang besar sebab tiles ni sememangnya ngam dengan bahagian ruang tv ini.

Terfikir nak beli ker tak rak tv. Last sekali buat jer kabinet ni dengan frame belakang kerangka aluminium.

Bina Ruangan TV

Nak test sangkut tv jer dah ada yang tengok. Aduhaiii.

Ini pula adalah proses melakukan sliding door untuk ke bahagian luar rumah.

Pintu nampak buruk? Cat jer dengan warna yang baharu. Tak perlu beli pintu yang lain.

Hasil Akhir Proses Bina Ruangan TV Yang Dilakukan Ini

Alhamdulillah, akhirnya siap juga ruangan tv yang diidamkan ini. Daripada tanah kosong yang asalnya tempat pembakaran sampah sarap kini dibina sebuah ruangan tv yang cantik kelihatan simple minimalist.

Bina Ruangan TV
Bina Ruangan TV
Bina Ruangan TV

Kredit : Bahruddin Hanz Hanz

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down