Renovasi Bahagian "Laundry Area" Suram Menjadi Cantik

11,191 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mempunyai satu bahagian "laundry area" ini merupakan bahagian yang perlu ada untuk setiap rumah. Dengan adanya bahagian ini, kita dapat membasuh pakaian dengan tenang dan selesa tanpa menggangu bahagian rumah yang lain.

Jadi, seorang wanita yang bernama Nur 'Adnin Syamil ini mempunyai bahagian "laundry area" namun ia kelihatan suram sahaja. Jadi, beliau mengupah orang untuk melakukan renovasi bahagian laundry area beliau yang lama tersebut.

Renovasi tersebut sememangnya menarik perhatian Giler Deco kerana ia sangat cantik dan simple. Jadi, kami ingin berkongsikan bagaimana renovasi bahagian Laundry Area ini dilakukan dan hasil selepas renovasi tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada Nur Adnin ini.

Wanita Kongsikan Renovasi Bahagian Laundry Area Yang Cantik Dan Menarik

Hampir siap kawasan laundry,Bila mendobi feeling puteri,Tak kisah cuci malam ke pagi,Senyum lebar senang hati. 

Sambil mencuci tengok kartun,Buka kipas speed satu atau dua ,Jangan baca macam pantun,Ni post deco laundry sahaja.

Proses Melakukan Renovasi Dimulakan

Inilah dia bahagian laundry area saya yang asal. Pada asalnya tempat ini hanyalah tempat saya letak bricks palsu. Nampak keadaan pun dah muram dan suram.

Renovasi Bahagian "Laundry Area"

Uncle ni kata kalau nak kekal lama dirikan dinding yang kukuh. Jadi, kami pasang tiles pada bahagian dinding tersebut.

Renovasi Bahagian "Laundry Area"

Proses melekatkan tiles pada dinding masih lagi dijalankan.

Uncle kata dengan memasang tiles macam ni kita tak perlu dah untuk mengecat dinding. Jimat masa dan juga kos daripada membeli cat yang mahal.

Sementara uncle buat lantai dan wiring, kita buat frame laundry ni. Beli frame eco RM2.10 je. Yang dalam tu print sendiri je black and white.

Inilah dia hasil apabila dibingkaikan. Simple jer. Nama pun DIY kan. Hehehe

Renovasi Bahagian "Laundry Area"

Hasil Akhir Renovasi Laundry Area Ini

Inilah dia hasil akhir renovasi bahagian laundry area saya ini. Cantik tak? Semoga menjadi inspirasi untuk anda semua yang inginkan bahagian laundry area cantik sebegini.

Renovasi Bahagian "Laundry Area"

Sumber : Nur 'Adnin Syamil

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down