Renovasi Dapur Idaman Khas Buat Isteri Tercinta

8,969 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Isteri mana yang tidak terharu dan bahagia apabila kemahuannya dituruti oleh si suami dalam memiliki dapur baru yang kelihatan cantik dan menarik.

Perasaan itulah yang dapat digambarkan oleh seorang isteri yang bernama Alyah Barak setelah impiannya untuk memiliki dapur baru tercapai hasil usaha gigih suaminya dengan melakukan renovasi ruang belakang rumah tersebut lalu dijadikan dapur idaman untuk keluarganya.

Kawasan belakang yang berkeluasan 25 kaki itu dijadikan tempat untuk pembinaan dapur rumah. Sebelum ini, beliau dan pasangan hanya memasak di ruang bilik kecil sahaja.

Jadi, jika mahu mengikuti perkongsian menarik ini dengan lebih lanjut, boleh teruskan baca dibawah ini.

Renovasi Dapur Idaman Sebagai Hadiah Buat Isteri

Setahun juga la encik suami bertungkus lumus siapkan dapur idaman isterinya yang tercinta. Balik kerja terus buat renovation.

Sebelum ini masak dekat bilik kecil yang paling hujung. 4 tahun masak dekat situ. Nak buat renovation terus, kewangan tak seberapa sangat.

Alhamdulillah, buat slow-slow ikut bajet, siap jugak. Cuma pintu kabinet bawah itu belum pasang lagi.

Kawasan belakang rumah sebelum dilakukan renovasi.

Renovasi Dapur Idaman Khas Buat Isteri Tercinta

Kerja-kerja ini dilakukan seorang diri oleh suaminya setelah balik dari kerja.

Renovasi Dapur Idaman

Ini diantara beberapa gambar semasa proses sedang dilakukan.

Renovasi Dapur Idaman Khas Buat Isteri Tercinta
Renovasi Dapur Idaman

Hasil dapur setelah selesai diubahsuai.

Renovasi Dapur Idaman

Susun atur dapur berbentuk L begini sememangnya praktikal untuk kebanyakan rumah.

Renovasi Dapur Idaman
Renovasi Dapur Idaman
Renovasi Dapur Idaman
Renovasi Dapur Idaman

Pada sudut bahagian ini, mereka hasilkan ruang laundry. Simple sahaja tetapi cukup menarik hasilnya.

Renovasi Dapur Idaman

Itu sahaja perkongsian projek membina dapur pada kali ini. Semoga dapat memberi idea dan inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam cuba untuk mengubahsuai dapur rumah masing-masing.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down