Renovate Ruang Makan Suram Guna Konsep Wainscoting Ala Mewah

21,661 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bila fikirkan untuk menghias rumah, apa yang ada dalam kepala anda adalah kos, bukan? Betul, selalunya kita akan dimomokkan dengan berpendapat bahawa menghias rumah akan menelan kos yang tinggi. Sejauh mana pandangan itu kepada kita? Perkongsian kali ini adalah mengenai renovate ruang makan suram guna konsep wainscoting ala mewah.

Sebenarnya kalau anda ingin tahu, cara hias rumah sendiri tidak perlu upah pakar, anda boleh buat sendiri dengan kos yang rendah malah lagi berpuas hati dengan bajet yang sedia ada.

Tambahan pula sekarang tengah trend dan banyak pengguna Facebook melontarkan idea-idea mereka di laman sosial dengan menggunakan barangan daripada Mr. Diy. Maklumlah, di situ banyak barangan keperluan rumah dan isi rumah dijual dengan harga yang sangat murah dan amat berbaloi. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini iaitu Nor Asnida Abdul Razak, beliau telah makeover sendiri rumahnya menjadi rumah ala mewah hanya guna barang bajet.

Renovate Ruang Makan Suram Guna Barang Bajet :

 

Sebelum

 

deco rumah,

deco rumah,

deco rumah,

deco rumah,

deco rumah, Kos yang telah Puan Asnida habiskan:

 

  1. Lantai vinyl floor = RM345.00 (1box RM115 guna 3 box) beli di kedai 'Valoobuy'  boleh beli secara atas talian- Link Shopee lantai vinyl : https://shp.ee/hyd88x9
  2. Kayu siling yang digunakan total 40 batang, ia termasuk buat wainscoting, frame cermin besar dan hiasan dinding (40 batang  x RM4.00=RM160)- Link Shopee kayu wainscoting : https://shp.ee/p49n4w9
  3. Cat ada dua warna. Warna hijau jenama dulux kos olde hunter 1 tong 5 liter RM150.00, warna putih RM140.00 = RM190.00, cat emas RM24.00.- Link Shopee  Cat Dulux : https://shp.ee/gdm2dd9 
  4. Hiasan dulang daun dar kaison saiz besar RM49.50 untuk 3 keping, untuk saiz kecil RM19.50- Link Shopee : https://shp.ee/dmpsrw9
  5. Langsir jarang guna 17.5 meter x rm9.00 = RM157.50. Beli kain di nagoya dan dijahit sendiri- Link Shopee : https://shp.ee/4xq9kdz
  6. Karpet RM90- Link Shopee : https://shp.ee/vct5k6z
  7. Cermin eco RM2 x 54 keping = RM102- Link Shopee : https://shp.ee/pnget7z
  8. Peralatan seperti gam wainscoting, filler, kertas pasir RM150.00Link Shopee :
    - X Bond Glue : https://shp.ee/m7ri6hz
    - Filler : https://shp.ee/tihg7ah
    - Kertas Pasir : https://shp.ee/yj2w5jm
  9. Jam dinding RM38.50 beli di Mr.Diy- Link Shopee : https://shp.ee/u9c3d9r

    * Dekat bawah sekali juga kami ada sediakan link semua barangan ini.

Selepas

 

deco rumah,

deco rumah,

deco rumah,

deco rumah,

deco rumah,

deco rumah, Antara Tips Deko Dari Puan Asnida :

  • Sekiranya berminat dengan warna dinding yang gelap, perlu dimainkan warna dinding gelap tersebut dengan warna yang terang supaya ruangan tidak kelihatan sempit dan gelap
  • Permainan warna emas juga boleh menonjolkan mood mewah
  • Tidak perlu membeli barang-barang mahal untuk menjadikan sesebuah ruangan itu kelihatan mewah, cukup sekadar barangan yang sedia ada di Diy untuk kelihatan cantik dan kemas. Saya menggunakan barangan frame lam yang di cat dengan warna emas untuk dijadikan hiasan dinding.
  • Langsir yang berwarna putih juga memainkan peranan untuk ruangan tersebut kelihatan luas dan terang.

Saya turut meletakkan cermin di dinding yang dibeli di kedai RM2, cermin yang diletak dari bahagian atas syiling hingga ke bawah boleh membantu ruangan tersebut kelihatan lebih besar.

Selamat mencuba

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down