Makeover Ruang Makan Dengan Wainscoting Yang Mewah

15,161 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau nak dikatakan bab-bab makeover, dekorasi, ubahsuai atau sebagainya, mesti semuanya adalah kudrat daripada lelaki kan. Yerla, apa-apa kerja berat mesti tu kerja lelaki kan? Namun, kuasa wanita pula tidak boleh dipertikaikan. Ada juga wanita yang sinonim dengan pekerjaan lelaki.

Sama macam Nor Asnida Abdul Razak ini, beliau telah menghasilkan satu makeover ruang makan ala-ala mewah hanya dari barang bajet. Makeover tersebut telah dilakukan selama 2 minggu waktu PKP. Ruang makan tersebut berukuran 150 kaki persegi.

Menurutnya lagi, si suami sepatutnya menolong namun keadaan si suami yang tidak beberapa sihat dalam tempoh tersebut. Jadi, segala teknik menukan telah diturunkan oleh si suami kepada beliau. Disitulah 90% hasil bertukang tersebut adalah kudrat wanita.

Wanita Menggunakan 90% Kudratnya Sendiri Makeover Sendiri Ruang Makan Mewah

Alhamdulillah..Setelah 2 minggu meng upgrade ruang makan rumah mesra rakyat, hari ni bru selesai.Deko ikut kemampuan poket sendiri. 90% tenaga wanita buat keje2 ni. Syukur siap jugak

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN

1. Lantai Vinyl - https://shope.ee/4peLYULCls

2. Kayu siling 40 batang - https://shope.ee/VVMOZfImm

3. Cat Dulux - https://shope.ee/3ploMnZ3a6

4. Cat Putih - https://shope.ee/4Ki4xl18xF

5. Cat Emas - https://shope.ee/5pWskYKxFq

6. Pokok plastik - https://shope.ee/7pHx8GCSqO

7. Hiasan Dulang Daun - https://shope.ee/9p31Vy8NDW

8. Langsir - https://shope.ee/10RczlWSkS

9. Karpet

10. Cermin Eco rm2 x 54 Keping

11. Peralatan Untuk Wainscoting

12. Jam Dinding

PROSES MAKEOVER DILAKUKAN

Proses menanggalkan wallpaper stiker yang lama.

ruang makan

Keadaan dinding setelah stiker wallpaper dibuang

ruang makan

Susunkan dan lekatkan kayu mengikut pattern Accent Wall

ruang makan

Cat kan dinding tersebut denga hati-hati

HASIL MAKEOVER RUANG MAKAN

ruang makan
ruang makan
ruang makan

Tadaaaaa! Inilaaa hasil daripada beliau yang telah makeover ruang makan mewah. Semuanya menggunakan kudrat wanita hampir 90% tau. Hebatnya beliau. Ini membuktikan wanita juga boleh melakukan makeover atau apa jua dekorasi dengan diri sendiri.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga ini dapat dijadikan inspirasi dan juga idea untuk anda yang mencari ilham untuk ubah ruangan makan anda.

Sumber : Nor Asnida Abdul Razak

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down