Ruang Tamu Kampung Diberikan Gaya Moden Kontemporari

315 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika terdapatnya sebuah rumah peninggalan ibu dan ayah ini, sebagai anak kita perlulah menjaganya agar ia dijaga dengan rapi dan tidak mudah roboh. Seperti yang dilakukan oleh Rose Elle ini, beliau sememangnya menjaga rumah peninggalan ibu dan ayah beliau.

Sebelum ni beliau melakukan makeover bilik arwah mak yang lama berinspirasikan dari IKEA. Kini, Rose Elle kembali lagi dengan hasil terbaru beliau iaitu melakukan dekorasi ruang tamu moden kontemporari.

Diambil daripada perkongsian beliau dari group Facebook " Kelab Kaki Deco Kaison, IKEA, Romantika, Eco dan Mr Diy". Beliau menyatakan bahawa ia masih lagi mengekalkan tema rumah kampung namun diberikan sedikit dekorasi gaya moden kontemporari.

Proses Mengubah Dekorasi Ruang Tamu Lama Kepada Gaya Moden Kontemporari

Aritu dah buat untuk bilik, kali ni kita buat untuk ruang tamu pulak. Sayang kan kalo teratak peninggalan ayahbonda tak diberi nafas baru. Kita still kekalkan tema rumah kampung tapi beri sedikit gaya kontemporari. Walaupun kayu banyak dah dimakan anai2.

Rupa Ruang Tamu Yang Lama 

Ini merupakan dekorasi asal rumah peninggalan ayah bonda yang sebelum ni. Sila abaikan koleksi Tupperware di dalam rak kaca tu.

Ruang Tamu Moden

Pandangan bahagian ruang tamu dari sudut memanjang.  Luas sikit nampak dari sudut ni.

Proses untuk melakukan dekorasi dilakukan.

Hasil Akhir Ruang Tamu Yang Dilakukan

Tadaaaa. Inilah dia hasil akhir dekorasi ruang tamu jenis memanjang yang dilakukan kepada rumah kampung ini. Kebanyakan barang yang digunakan untuk dekorasi ni banyak dibelikan daripada jenama IKEA. Wallpaper pula dibelikan di Kaison.

Ruang Tamu Moden

Barangan yang dibeli untuk melakukan dekorasi ini

Ruang Tamu Moden

Sumber : Rose Elle

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down