Rumah Pusaka Mak Diubahsuai Kepada Konsep Minimalis | Giler Deco

Rumah Pusaka Mak Diubahsuai Kepada Konsep Minimalis

rumah pusaka diubahsuai

Setiap rumah pusaka yang ada sekarang semestinya akan ada yang uzur dan ada juga yang berada dalam keadaan yang baik. Jika dijaga dengan baik, ia masih lagi boleh digunakan dan didiami oleh sesiapa. Jika rumah pusaka diubahsuai kepada konsep minimalis juga apa salahnya.

Seorang wanita yang bernama Asz Hashim ini telah berkongsikan beberapa gambar rumah pusaka mak beliau diubahsuai kepada konsep minimalis bertemakan warna putih. Melihat keadaan rumah yang tidak terusus mendorang beliau melakukan ubahsuai tersebut.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua transformasi dan juga beberapa pengubahsuaian rumah pusaka yang lama ini. Daripada rumah yang kelihatan buruk terus menjadi baru. Jom kita tengok perubahan rumah pusaka ini.

Rumah Pusaka Yang Diubahsuai Menjadi Cantik Kembali

Selesai operasi refurbished rumah pusaka..
Hampir 3 tahun rumah dibiarkan kosong tak ada penghuni
Kita kemaskan la mana yang patut untuk keselesaan penghuni

Keadaan Rumah Pusaka Yang Lama

Berikut merupakan keadaan rumah pusaka mak yang lama ditinggalkan. Hampir selama 3 tahun ditinggalkan dan dibiarkan kosong tiada penghuni.

Tidak mahu dibiarkan begitu sahaja, kami nekad untuk melakukan pengubahsuai rumah ini kerana merasakan sangat tidak berbaloi dibiarkan begitu sehingga terbengkalai.

rumah pusaka diubahsuai

rumah pusaka diubahsuai

rumah pusaka diubahsuai

rumah pusaka diubahsuai

rumah pusaka diubahsuai

rumah pusaka diubahsuai

Penggunaan Warna Putih

Kami mengecat keseluruhan rumah pusaka ini dengan penggunaan warna putih kerana penggunaan warna ini mampu membuatkan keadaan rumah ini nampak luas dan cantik.

Selain itu juga, penggunaan warna putih ini juga mampu memberikan pandangan keseluruhan rumah ini berkonsepkan minimalis.

rumah pusaka diubahsuai

rumah pusaka diubahsuai

rumah pusaka diubahsuai

rumah pusaka diubahsuai

rumah pusaka diubahsuai

rumah pusaka diubahsuai

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda juga dapat sedikit inspirasi daripada ubahsuai rumah pusaka lama yang dilakukan oleh Asz Hashim ini.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Asz Hashim

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram