Ubahsuai Rumah Pusaka Mak Kepada Konsep Minimalis

27,928 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah pusaka yang ada sekarang semestinya akan ada yang uzur dan ada juga yang berada dalam keadaan yang baik. Jika dijaga dengan baik, ia masih lagi boleh digunakan dan didiami oleh sesiapa. Jika rumah pusaka diubahsuai kepada konsep minimalis juga apa salahnya.

Seorang wanita yang bernama Asz Hashim ini telah berkongsikan beberapa gambar rumah pusaka mak beliau diubahsuai kepada konsep minimalis bertemakan warna putih. Melihat keadaan rumah yang tidak terusus mendorang beliau melakukan ubahsuai tersebut.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua transformasi dan juga beberapa pengubahsuaian rumah pusaka yang lama ini. Daripada rumah yang kelihatan buruk terus menjadi baru. Jom kita tengok perubahan rumah pusaka ini.

Ubahsuai Rumah Pusaka Mak Lama Dengan Menerapkan Konsep Modern Minimalis

Selesai operasi refurbished rumah pusaka..Hampir 3 tahun rumah dibiarkan kosong tak ada penghuniKita kemaskan la mana yang patut untuk keselesaan penghuni

Keadaan Rumah Pusaka Yang Lama

Berikut merupakan keadaan rumah pusaka mak yang lama ditinggalkan. Hampir selama 3 tahun ditinggalkan dan dibiarkan kosong tiada penghuni.

Tidak mahu dibiarkan begitu sahaja, kami nekad untuk melakukan pengubahsuai rumah ini kerana merasakan sangat tidak berbaloi dibiarkan begitu sehingga terbengkalai.

Rumah Pusaka Mak
Rumah Pusaka Mak
Rumah Pusaka Mak
Rumah Pusaka Mak
rumah pusaka diubahsuai
rumah pusaka diubahsuai

Penggunaan Warna Putih

Kami mengecat keseluruhan rumah pusaka ini dengan penggunaan warna putih kerana penggunaan warna ini mampu membuatkan keadaan rumah ini nampak luas dan cantik.

Selain itu juga, penggunaan warna putih ini juga mampu memberikan pandangan keseluruhan rumah ini berkonsepkan minimalis.

Rumah Pusaka Mak
Rumah Pusaka Mak
rumah pusaka diubahsuai
Rumah Pusaka Mak
rumah pusaka diubahsuai
rumah pusaka diubahsuai

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda juga dapat sedikit inspirasi daripada ubahsuai rumah pusaka lama yang dilakukan oleh Asz Hashim ini.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Asz Hashim

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down