Rumah Subsale Lama Di Makeover Menjadi Rumah Minimalis

4,197 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semakin hari semakin banyak rumah yang bergelar rumah subsale ini. Ada juga rumah subsale terbiar lama begitu sahaja dan ada juga yang telah pun dirobohkan. Namun, masih ada dikalangan rakyat kita masih membeli rumah subsale ini kerana harganya yang terlalu murah.

Seperti Ain Nurul Marzuki dan suaminya yang telah pun membeli sebuah rumah subsale di Bintulu, Sarawak. Rumah tersebut kelihatan lama dan usang namun dengan makeover yang dilakukan oleh pasangan tersebut ia nampak seperti baharu.

Rumah tersebut telah bertukar wajah dari rumah lama kepada rumah subsale baru dengan konsep moden minimalis. Hasil tersebut telah dikongsikan oleh Ain Nurul didalam laman sosial Facebook milik beliau. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Wanita Kongsikan Hasil Makeover Rumah Subsale Lama Kepada Rumah Subsale Baharu Berkonsep Minimalis

Assalamualaikum semua. Ada peminat konsep minimalist ke kat sini? Saya just nak share macam mana saya make over rumah subsale ni kepada konsep rumah idaman yang saya nak iaitu Modern Minimalist.

Saya ubah 100% floor plan rumah ni kepada design yang saya nak. Super excited sebab the final result rumah ni betul² menepati citarasa sy. Alhamdulillah, its a dream come true! Btw, lokasi rumah di Bintulu, Sarawak

Keadaan Rumah Subsale Yang Asal

Inilah dia rupa keadaan rumah subsale yang lama ini setelah kami sampai kesini. Kawasan luar rumah nampak okay jer. Dalaman rumah jer tak beberapa elok.

Rumah Subsale Lama

Sayangnya batu katu bawah tu dah pecah. Yang selebihnya masih elok.

Rumah Subsale Lama

Ini adalah keadaan selepas saya robohkan kesemua dinding papan yang ada didalam rumah. Baru nampak luas kawasan rumah ni.

Rumah Subsale Lama

Hasil Akhir Makeover Rumah Subsale Lama

Taraaaaa! Ini lah dia rupa rumah subsale kami yang sekarang. Bersentuhkan konsep moden minimalis yang merupakan impian Ain Nurul ini, ia kelihatan sangat cantik.

Bahagian ruang makan dan juga ruang tamu.

Rumah Subsale Lama

Bahagian dapur kami. Minimalis kan daripada menggunakan perabot yang banyak.

Rumah Subsale Lama
Rumah Subsale Lama

Sumber : Ain Nurul Marzuki

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down