Rumah Terbiar Renovasi Kepada Rumah Idaman Kos RM8K | Giler Deco

Rumah Terbiar Renovasi Kepada Rumah Idaman Kos RM8K

rumah terbiar

Apabila anda hendak mencari sesuatu rumah, adakah anda membeli rumah yang dah siap dan nampak cantik ataupun membeli rumah yang kelihatan kotor dan seperti telah dibiarkan dengan lebih lama? Senang cerita, rumah yang terbiar katakan. Mesti antara kita pilih yang dah siap dan nampak cantikkan?

Namun, berbeza dengan Dr Azizul Azli Ahmad ini, beliau telah membeli satu rumah yang terbiar dengan harga separuh daripada nilai pasaran. Beliau menyatakan rumah yang beliau beli tersebut ialah melalui pasaran subsale iaitu pasaran sekunder. Ia dibeli dari pemilik asal yang telah pun berpindah ke rumah lain.

Dr Azizul juga telah melakukan satu renovasi dan ubahsuai terhadap rumah terbiar tersebut untuk disewakan kepada orang lain. Ingin tengok hasil renovasi dan transformasi yang dilakukan oleh beliau? Jom kita tengok.

Dari Rumah Terbiar Sehingga Menjadi Rumah Idaman. Kos Renovasi Hanya Dibawah RM8K

 

KEADAAN RUMAH SEBELUM RENOVASI DILAKUKAN

rumah terbiar

rumah terbiar

rumah terbiar

rumah terbiar

KEADAAN RUMAH SELEPAS SELESAI RENOVASI

Dr Azizul menyatakan bahawa beliau membeli kediaman dengan harga RM63,000. Harga pasaran pula ialah RM130,000. Kos renovasi pula ialah RM6,000 termasuk kos membaiki pagar dan menambahkan ruang dapur.

Bagi hiasan dalaman pula, beliau banyak membeli barang seperti sofa, meja makan, kerusi, rak besi dan juga frame daripada IKEA. Kos tersebut hanya RM1000. Kos mengecat adalah RM400 untuk dua orang pekerja dengan kos cat berharga RM350 sahaja.

rumah terbiar

rumah terbiar

tip-hias-rumah-beli-lelong-6

tip-hias-rumah-beli-lelong-7

tip-hias-rumah-beli-lelong-8

tip-hias-rumah-beli-lelong-9

tip-hias-rumah-beli-lelong-10

tip-hias-rumah-beli-lelong-11

tip-hias-rumah-beli-lelong-12

tip-hias-rumah-beli-lelong-13

tip-hias-rumah-beli-lelong-14

tip-hias-rumah-beli-lelong-15

tip-hias-rumah-beli-lelong-17

tip-hias-rumah-beli-lelong-16

tip-hias-rumah-beli-lelong-18

tip-hias-rumah-beli-lelong-21

tip-hias-rumah-beli-lelong-23

Menurut daripada Dr Azizul lagi, beliau memberikan kadar sewa yang lebih rendah kepada penyewa kerana ia membayar sewa terus 6 bulan kehadapan.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk hari ini. Macam mana dengan renovasi rumah pecah yang dilakukan oleh Dr Azizul ini? Boleh laa dijadikan sebagai inspirasi untuk melakukan renovasi dirumah anda.

Sumber : Dr Azizul Azli Ahmad

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram