Tips AirCond Cepat Sejuk Pada Ruang Jenis Terbuka

1,451 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Cuaca panas dan berkelembapan tinggi di negara kita menyebabkan pemasangan penyaman udara (air conditioner) kini hampir menjadi satu keperluan di setiap rumah.

Walaupun rumah yang dibina itu berasaskan batu dan beratapkan siling, namun, bahang kepanasan masih lagi dirasai dan tidak cukup sekadar menggunakan kipas angin sahaja. Untuk mengatasi masalah ini, lelaki ini yang bernama Atama Aaeman memilih untuk memasang aircond dirumahnya.

Rumah yang dihuni pula adalah jenis terbuka. Disebabkan konsep rumahnya seperti itu, boleh dikatakan ramai yang bertanya kepada beliau tentang bagaimana pemasangan aircond di dalam rumah yang banyak ruang terbuka dan luas ini sama ada sejuk atau tidak sejuk.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Tips AirCond Cepat Sejuk

Ada yang sempat saya jawab dengan perkongsian pengalaman sendiri dan sedikit pengetahuan hasil bacaan buku serta rujukan internet dan group media sosial.

Di samping, panduan dan perkongsian pengalaman rakan saya yang terlibat langsung dengan penjualan dan khidmat pemasangan air cond di rumah mahupun premis perniagaan.

Jadi, saya kongsikan sedikit di sini ;

Ruang tamu beliau bersaiz 30'x20'x(10'h). Dipisahkan oleh partition terbuka seperti dalam gambar dengan ruang makan dan ruang pejabat/belajar.

Ruang makan bersaiz 20'x15'x(10'h) dipisah dengan ruang dapur kering oleh pintu sliding kaca. Ruang pejabat dan belajar bersaiz 15'×12'x(10'h) dipisahkan dengan ruang keluarga oleh langsir jenis nipis dan lutcahaya.

Tips AirCond Cepat Sejuk
Partition yang memisahkan ruang tamu dengan ruang makan. Hasil projek DIY. Jimat.

Untuk tiga ruang ini, beliau hanya guna dua unit aircond heavy duty Mitsubishi (Heavy Industries), 2.5hp di ruang tamu dan 1hp untuk ruang pejabat dan belajar. Kedua-dua aircond adalah jenis non-inverter dengan rating 5 bintang.

Model dan jenama ini adalah rekomendasi sahabat beliau untuk prestasi penyejukan dan penjimatan, seorang penjual dan tukang pasang aircond berpengalaman yang tolong pasang aircond ini untuk beliau. Sahabat beliau ini turut jual dan pasang brand lain juga termasuk Daikin, Panasonic dan beberapa brand popular lain.

Tips AirCond Cepat Sejuk
Unit luar untuk ac 2.5hp Mitsubishi HI jenis heavy duty ini agak besar gedabak tetapi efisien dan jimat.

Keberkesanan dua unit aircond ini terbukti. Pada hari yang sangat panas, ruang tamu mampu disejukkan dalam masa kurang 5 minit dengan kipas aircond high atau medium, selepas itu kena slowkan kipas aircond sebab anak-anak beliau tak tahan sejuk sangat.

Tips AirCond Cepat Sejuk
Partition yang memisahkan ruang tamu dengan ruang pejabat, belajar dan mini library. Hasil projek DIY juga. Jimat lagi.

Untuk suhu, beliau sudah buat peraturan, tak boleh set rendah dari 25C. Tips aircond cepat sejuk dan suhu kekal rendah ialah dengan kawal suhu dan mode kedua-dua aircond 2.5hp dan 1hp yang bergabung untuk menyejukkan 3 ruang ini.

Tips AirCond Cepat Sejuk
Ruang pejabat, belajar dan mini library. Semua perabot (partition, rak-rak buku, meja belajar, meja kerja L-shaped adalah hasil projek DIY. Jimat banyak.

Beliau tidak perlu pasang aircond di ruang makan kerana sudah tumpang sejuk dari ruang tamu melalui pertition terbuka itu. Mula-mula, aircond 2.5hp di ruang tamu dipasang terus pada mode cool, 25C, kipas aircond high. Aircond 1hp di ruang pejabat/belajar dipasang pada mode dry, 25 (atau lebih rendah).

Tips AirCond Cepat Sejuk
Melalui partition terbuka ini, ruang makan beliau "tumpang sejuk" aircond dari ruang tamu tanpa perlu pasang aircond berasingan. Sangat jimat.

Selepas satu jam, kedua-dua aircond dipasang mode cool, 26C, kipas aircond low. Sejuk macam dalam shopping mall, berselimut anak-anak depan tv waktu tengahari.

Tujuan pasang mode dry ialah untuk turunkan kelembapan ke paras ideal. Udara kering cepat sejuk dan dapat kekalkan suhu rendah untuk tempoh lama.

Pintu "sliding" kaca memisahkan ruang makan dengan ruang dapur kering. Satu-satunya pemisah ruang yang "solid" selain pintu-pintu bilik. Frame kayu itu DIY juga.

Untuk makluman, rumah beliau ini di tepi pantai yang jaraknya tak sampai 100m dari laut. Kalau hari cerah, panasnya memang kaw-kaw. Ada pintu sliding kaca besar (12'×8') menghadap laut dan menerima cahaya matahari terus pada musim monsun barat daya (summer) di mana matahari lebih condong ke arah utara seperti sekarang.

Pintu "sliding" sebesar dinding menghadap laut. Pada hari yang redup boleh dibuka luas-luas untuk udara segar masuk ke rumah. Kalau hari panas yang amat, kena tutup dan dipasang langsir tebal pembalik haba untuk kurangkan haba masuk ke dalam rumah. Jimat elektrik.
Kolam juga dibina di hadapan rumah untuk tujuan penyejukan persekitaran dan luar rumah di samping mengurangkan kesan wap masin dari angin laut.

Kolam konkrit kecil bersaiz 10'x10'x (2.5'd) juga di bina bercantum dengan balkoni untuk tujuan menyejukkan pemandangan di balkoni. Sejuk mata memandang.
Sejuk di dalam, sejuk di luar. Reka bentuk serta pelan lantai rumah ini juga dibuat sendiri dan pembinaannya 100% DIY dengan bantuan adik beradik yang merupakan tukang dan kontraktor rumah professional.
Rumah beliau ini betul-betul tepi laut. Kalau hari cerah memang panas "kaw-kaw". Kena betul cara nak sejukkan rumah disamping jimatkan kos.

Beliau pasang langsir blackout tebal untuk halang haba dari situ. Dari arah matahari terbit pagi pula ada 6 set fixed window kaca. Beliau pasang langsir yang sama juga dengan tujuan mengurangkan haba masuk pada waktu pagi.

Pada asalnya, reka bentuk ruang tamu dan siling rumah ini adalah untuk guna aircond jenis "cassette" yang dipasang pada siling dekat tengah-tengah itu. Tapi kos nak beli dan upah pasang dia sudah sama dengan pasang aircond dinding dalam setiap bilik. Langkah berjimat.

Pengetahuan dan rujukan yang betul amat penting sebelum melabur dalam pembelian dan pemasangan set aircond yang sesuai untuk rumah anda. Beliau berkata, pemilihan aircond yang utama ialah dengan tujuan untuk menyejuk dan menyamankan rumah disamping penjimatan kos dan elektrik.

Beliau tidak memilih aircond dengan features terkini yang canggih-canggih seperti fungsi wifi, sambungan ke smartphone dan sebagainya. Features ini kadang-kadang hanya menambah harga model aircond tanpa meningkatkan prestasi penyejukan mahupun penjimatnnya.

Kesimpulannya, memasang aircond pada ruang terbuka seperti dalam rumah beliau ini tiada masalah jika betul jenis dan kapasiti aircond yang dipasang, setting pada ruang untuk kurangkan kemasukan haba dan kaedah penggunaan untuk prestasi dan penjimatan yang optimum.

Selalunya untuk menjimatkan aircond, ramai yang beranggapan ruang perlulah tertutup. Tetapi sebenarnya, tidak perlu menutup setiap ruang dan memasang aircond berasingan pun.

Dalam bilik tidur atau bilik tertutup yang kecil, tiada masalah. Beliau guna satu unit ac 1hp untuk setiap bilik. Di sini, aircond jenis inverter lebih sesuai dan berbaloi.

Beliau telah buat perbandingan pengalaman dan mengalami sendiri perbezaan antara pemasangan aircond di rumah beliau dengan rumah seorang sahabat yang pasang 3 unit aircond 1hp (Daikin/York - inverter) di ruang tamu kecil sedikit dari beliau.

Ternyata setting aircond beliau lebih berprestasi dan menjimatkan dari segi kos pembelian, pemasangan dan elektrik.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down