Tips Dan Cara Mudah Bersihkan Kipas Meja Sepantas 5 Minit

28,715 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kipas merupakan salah satu barang elektronik yang sering digunakan oleh orang ramai. Walaupun ada antara kita yang menggunakan aircond tapi masih ramai yang tetap menggunakan kipas.

Namun begitu, bila masa nak cuci kipas dia punya malas tu sampai tak boleh nak describe. Lima atau enam bulan tak cuci kipas tu rasanya perkara biasa.

Seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai Eidil Iz telah berkongsi mengenai tips mudah bersihkan kipas meja dengan menggunakan 3 bahan sahaja.

Tips Bersihkan Kipas Meja Sepantas 5 Minit Dengan Menggunakan 3 Bahan Rahsia

Nak bersihkan kipas ni salah satu perkara yang malas nak buat tapi time panas nak angin kuat. Macam mana tu ye? Nak bersihkan kipas ni senang je sebenarnya. Jom follow cara ni!

kipas meja

Bahan rahsia pertama ialah cuka makan. Bukan guna satu botol ni tau. Hanya setengah gelas sahaja.

Kemudian, masukkan bahan rahsia kedua iaitu baking soda. Masukkan 3 sudu baking soda ke dalam gelas. 3 sudu je tau, jangan lebih-lebih pula ye.

Bahan yang terakhir sekali ialah pencuci pinggan. Masukkan 2 sudu pencuci pinggan ke dalam gelas berisi soda bikarbonat dan cuka tadi. Kemudian kacau-kacau dengan sudu.

Selepas dah siap korang tuang ke dalam botol spray. Botol spray kecil ni dekat eco pun ada. Jangan rembat yang kakak atau mak korang punya dah la. Nanti tak pasal-pasal tak boleh makan.

Spray campuran 3 bahan tadi pada permukaan kipas.

Kemudian balut kepala kipas dengan plastik. Make sure plastik tu lagi besar dari kepala kipas. On kan suis kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dalam masa 5 minit.

Tada! Bersihkan. Tak perlu susah-susah nak tanggalkan kepala dan bilah kipas. Lepas ni tiap-tiap minggu cuci kipas.

kipas meja

Habuk yang keluar dari kipas selepas siap dibersihkan.

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai cara dan tips bersihkan kipas meja sepantas 5 minit. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan memudahkan anda semua membersihkan kipas meja, kipas tinggi mahupun kipas dinding.

Kredit: @eidiliz (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down