Transformasi Dapur Baru Yang Lebih Mewah Dan Menarik

15,980 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapur merupakan jantung dalam sesebuah rumah. Oleh itu tidak hairan jika sesorang itu sangat mementingkan dekorasi dapur yang menarik dan cantik.

Namun begitu, sebelum deko dapur, korang perlu pertimbangkan beberapa perkara penting. Antaranya ialah pemilihan perabot yang bersesuaian dengan keluasan dapur, warna perabot dan dinding dapur serta bahan dekorasi yang lain.

Hal ini demikian kerana jika anda membuat pilihan yang salah, ruang dapur anda tidak akan nampak mewah malah akan jadi lagi suram dan tak menarik. Membazir je deko dapur macam tu kan.

Sebab itu, kita kena jadi orang yang bijak dalam membuat pilihan. Kalau tak arif bab dekorasi dan transformasi dapur, tanya pendapat orang yang lebih mahir. Tak payah nak segan sangat, nanti kita yang rugi. Bak kata pepatah "malu bertanya, sesat jalan".

Korang boleh jadikan perkonsian dari Zarra Riana sebagai inspirasi. Beliau telah melakukan transformasi dapur barunya kepada dapur mewah yang sangat mempersonakan.

Transformasi Dapur Baru Yang Mempersonakan, Buat Ramai Terpikat

Keadaan Dapur Sebelum Dilakukan Transformasi

Bila dah masuk rumah baru ni, perkara first sekali kaum hawa nak deko ialah dapur. Hal ini demikian kerana ruang dapur merupakan syurga bagi mereka. Dari situ mereka akan memasak makanan istimewa untuk seisi keluarga.

Dari awal lagi memang dah plan nak buat kabinet dapur. Ia boleh menjadikan ruang dapur nampak lebih kemas dan teratur.

dapur baru

Semasa Proses Pembuatan Kabinet

Kabinet ni buat yang kekal terus. Kalau korang tak ada bajet yang banyak dan nak cepat. Korang boleh beli kabinet siap dekat shopee. Bila barang sampai, tinggal cantumkan je. Mudah kan.

dapur baru

Hasil Akhir Transformasi Dapur Baru

Tada! Cantik kan. Memang puas hati giler bila dapat dapur macam ni. Tak sabar nak guna dapur baru ni. Betul la apa orang kata, bila ada dapur yang kemas dan cantik, aura nak masak tu lain macam.

dapur baru
dapur baru

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai transformasi dapur baru milik Zarra Riana. Semoga perkongsian ini dapat anda jadikan inspirasi untuk lakukan transformasi dapur kepada dapur yang lebih kemas dan cantik.

Sumber : @z4rr4ri4n4 (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down