Transformasi Dapur Bajet Kepada Konsep Ala-Ala Farmhouse

615 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi yang bertemakan atau juga berkonsepkan ala-ala farmhouse ini sudah semestinya ramai yang ingin melakukan deko ini dirumah. Transformasi dapur bajet yang lama kepada ala-ala farmhouse ini antara yang paling mudah untuk dilakukan tanpa meemrlukan modalk yang tinggi.

Seperti yang dilihat dan dilakukan oleh Bell Nabila ini, beliau kongsikan dapur beliau yang lama dilakukan transformasi menakjubkan kepada dapur farmhouse. Menurut beliau lagi, dekorasi tersebut dilakukan pada waktu PKP dimana waktu tu tiada kerja yang hendak dilakukan. Jadi, transformasi dapur merupakan kerja untuk masa lapang beliau.

Jom kita melihat hasil transformasi dapur bajet yang dilakukan ini. Semoga transformasi ini dapat dijadikan inspirasi untuk anda semua.

Transformasi Dapur Bajet Yang Lama Kini Diterapkan Konsep Ala-Ala Dekorasi Farmhouse

Transformasi Dapur Bajet Ala Farmhouse

Masa mula pindah dulu tak dan berdeko sebab anak kecil lagi, pastu alang PKP 1.0 tak da kerja, kita tampal kertas dinding pink putih ala "shabby chic". Walaupun beli kat kedai eco tapi okey bertahan je kat situ.

Awal tahun hari tu teringin nak ubah kedudukan dapur masak dan sinki. Kebetulan juga masa tu tikus buat hal berkampung bawah dapur masak tu sampai terbakar bawah dapur masak sebab penuh dengan sampah dorang letak.

Jadi, kita buang meja masak tu dan buat tempat baru. ( Kebetulan ada kayu banyak abi bawa balik, boleh la bertukang). Dah siap ubah, tak ada idea pulak nak deko macam mana + kerja tak ada masa nak kerah idea.

Jadi, kebetulan pulak PKP 3.0 ni ada masa, kita gunakan kesempatan yang ada. Hehe. Hasilnya, tarra dapur ala "farmhouse" pulak temanya.

Dekorasi Dapur Yang Bertemakan & Berkonsepkan Ala-Ala Farmhouse

Ini merupakan rupa sebelum transformasi dan juga dekorasi dapur ini dilakukan.

Transformasi Dapur Bajet

Susunan sebelum. Meja tu dibawa keluar sebab tikus buat sarang dan penuh sampah sampai meja tu hampir terbakar.

Transformasi Dapur Bajet

Dah susun ikut susunan idaman hati

Transformasi Dapur Farmhouse

Selepas, kerusi terpakai bawa masuk letak situ konon untuk dijadikan sebuah "coffee bar".

Almari tu dah diterbalikkan dan ditambahkan renda sikit bagi naik seri.

Transformasi Dapur Bajet

Rumah kayu senang nak memaku. Ada la rak tergantung untuk deko deko.

Rak bawang dah alih ke situ. Papan "farmers market" tu guna lebihan "wallpaper" je untuk huruf huruf nya.

Beginilah susunannya untuk dekorasi farmhouse dapur ini.

Transformasi Dapur Bajet

Dah tergantung rak daripada laci kat situ Lekat hook pastu gantung situ.

Transformasi Dapur Bajet

Pandangan "coffee bar". Saya gunakan speaker terpakai yang cik somi bawa balik.

Sumber : Bell Nabila

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down