Transformasi Kulit Telur Kepada Baja Pokok Bunga

351 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mesti anda akan tertanya-tanya kenapa mak-mak suka sangat simpan kulit telur yang tak digunakan lagi. Haa sekiranya anda masih ragu ragu apakah kepentingan kulit telur ini kepada tumbuh tumbuhan. Untuk pengetahuan anda, kulir telur sangat kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman. Selain itu juga, kajian ada menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman. Perkongsian kali ini adalah mengenai transformasi kulit telur kepada baja pokok bunga.

Kali ni, min ingin kongsikan kepada anda cara-cara untuk DIY baja pokok bunga dengan mengggunakan kulit telur dan serbuk kopi sahaja. Perkongsian ini telah dikongsikan oleh Puan Emi Zurayni Lot dan telah mendapat perkongsian sebanyak 2.8k di akaun Facebook miliknya. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian darinya.

Transformasi Kulit Telur Kepada Baja Pokok Bunga :

Jangan Buang Kulit Telur Kerana Banyak Khasiat Untuk Pokok Kita.

Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan.

Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.

 

Cara-Cara Membuatnya :

1. Kulit telur perlu lah dibasuh terlebih dahulu dan keringkan kulit tersebut sehingga kering sepenuhnya.

2. Tumbuk kulit telur tersebut dengan menggunakan batu lesung.

3. Seterusnya, campurkan kulit telur yang sudah hancur itu dengan serbuk kopi ke dalam satu bekas kosong.

4. Letakkan ke dalam bekas yang sesuai.

5. Dah siap kacau sehingga sebati, masukkan baja tersebut ke dalam botol khas untuk diletakkan baja tersebut.

6. Akhir sekali, anda boleh taburkan serbut yang sudah diproses tadi ke dalam kawasan sekeliling pokok bunga mahupun di sekeliling sayur sayuran di kediaman rumah anda.

Selamat mencuba. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

 

 

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down