Transformasi Rumah Lama Mama Guna Barang Shopee

22,333 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika melihat rumah lama dan lusuh di kampung, memang kita rasa teringin sangat untuk cuba cantikkan rumah pusaka tersebut. Sekurang-kurangnya dengan cuba ubahsuai rumah di kampung, dapat juga memberi keselesaan kepada ibu bapa dan adik beradik yang tinggal di rumah tersebut.

Itulah yang dilakukan oleh salah seorang anaknya yang bernama Acha Mahfar. Beliau telah melakukan transformasi rumah lama mama nya itu hanya guna barang Shopee sahaja.

Jom sama-sama kita lihat hasil ubahsuai yang hanya dengan menggunakan barangan online sahaja.

Transformasi Rumah Lama Guna Barang Shopee

Ubahsuai rumah lama mama saya kepada rumah “baru”. Perabot semua beli di Shopee sahaja. Deco semua Kaison! Langsir IKEA.

Dengan izin Allah, Alhamdullilahh. Satu lagi achievements unlock tahun ini. Dapat cantikkan rumah mama supaya mama dan adik-adik selesa ibarat di rumah yang baru. Rumah ini sudah 30 tahun lebih. Saya juga lahir di rumah ni juga. Umur saya 29 tahun sekarang ini.

Cara ikat langsir tak disengajakan. Masa ni tengah kemas-kemas. Sebenarnya saya tak plan nak post gambar-gambar yang ini sebab nak datang lagi nak siapkan banyak lagi dan saya sedar ikatan langsir tak kemas.

Tapi sebab sangat gembira tengok mama dan adik-adik ambil gambar dengan suasana ibarat rumah baru.  Saya tak boleh tahan untuk kongsi kebahagiaan ini.

Macam mana? Cantik tak rumah “baru” mama saya?

Nanti dah siap semua elok-elok kita kongsi lagi tau.

Di bawah ini senarai barangan Shopee yang digunakan :

  1. Kerusi Sofa : https://shp.ee/yc7gu4i
  2. Karpet : https://shp.ee/xtpd8jw
  3. Chest Drawer : https://shp.ee/uh93x3e
  4. Set Meja Makan : https://shp.ee/33xkeee
  5. Kabinet TV : https://shp.ee/vgjeede
  6. Langsir : https://shp.ee/878tcei

Keadaan rumah sebelum diubahsuai.

deco rumah kampung

Keadaan rumah selepas selesai diubahsuai.

deco rumah kampung
deco rumah kampung
deco rumah kampung
deco rumah kampung
deco rumah kampung
deco rumah kampung
deco rumah kampung

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ubahsuai rumah kampung ini bermanfaat untuk semua. Selamat mendeco.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down