Transformasi Rumah Sewa Kampung "Black White Minimalist" | Giler Deco

Transformasi Rumah Sewa Kampung “Black White Minimalist”

Transformasi rumah sewa

Apabila tengok transformasi rumah sewa orang lain, mesti lawa-lawa jer semua. Tambahan pula, kalau yang jenis berduit pasti transformasi itu mesti cantik dan gempak. Bagi yang cukup makan ni tidak mampu untuk buat semua tu. Usah risau, semua itu boleh diselesaikan jika anda ikut bajet yang anda inginkan.

Semua orang boleh buat transformasi rumah. Siapa kata rugi buat transformasi rumah sewa? Demi kepuasan kita menetap disitu, tidak salah untuk deko. Macam Izzah Ibrahim ini yang melakukan transformasi dan dekorasi rumah beliau.

Beliau telah membuat transformasi rumah sewa di kampung berkonsepkan “Black White Minimalist”. 100% hasil daripada beliau sendiri mengikut kemampuan bajet yang diinginkan. Konsep minimalis yang sesuai dengan bajet beliau. Jom kita tengok hasil transformasi tersebut.

Transformasi Rumah Sewa Kampung Yang Kosong Kepada Konsep ” Black White Minimalist “

Transformasi rumah sewa kampung… 100% daripada hasil tangan seorang gadis je tau

jangan main-main.. walaupun orang selalu cakap tak perlu hias rumah sewa, rugi je tapi demi kepuasan kita yang nak tinggal hari-hari, tak salah untuk deko

TRANSFORMASI RUMAH KAMPUNG “BLACK WHITE MINIMALIS”

 

Bahagian ruang tamu yang telah diubahsuai dengan meletakkan sofa dan meja ditengah.

Transformasi rumah sewa

Bahagian dapur yang 100% diubahsuai dan dicatkan semula agar nampak baru semula. Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk lakukan bahagian ni.

Transformasi rumah sewa

Transformasi rumah sewa

Keadaan bilik air 1. Saya cat balik warna putih agar nampak bersih. Tandas kan perlu selalu bersih baru selesa nak mandi.

Transformasi rumah sewa

Sama juga pada bilik air 2. Semua dicatkan warna putih semua. Lantai dibawah saya kekalkan kerana malas nak pecahkan balik buat yang baru.

Transformasi rumah sewa

Transformasi rumah sewa

Macam mana dengan transformasi ini? Biarlah bajet kecil sahaja namun kita puas untuk diri kita. Tidak perlu bajet yang besar. Buat gaya minimalis pun sudah cukup cantik sama yang dilakukan oleh Izzah Ibrahim ini. Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Semoga anda semua dapat ilham dan inspirasi daripada hasil ini.

Sumber : Izzah Ibrahim

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- “Rugi Jer Deko Rumah Sewa” – Wanita Ini Abaikan Kritikan & Lakukan Dekorasi Rumah Sewa

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram