Asalnya Rumah Sewa Arwah Ayah, Kini Diubahsuai Mengikut Citarasa Sendiri

10,179 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Cantik, unik dan sangat berseni. Sangat beruntung seorang anak apabila menerima hadiah yang cukup terindah dari arwah ayahandanya. Itulah yang dapat digambarkan setelah melihat keadaan rumah milik Puan W Rohayati Wan Embong ini.

Setelah rumah sewa arwah ayah ini diberikan secara percuma kepadanya, beliau memilih untuk mengubahsuai dan mencantikkan amanah yang ditinggalkan itu kepada konsep dan gaya yang cukup kreatif dan menarik.

Untuk melihat hasil ubahsuai yang dilakukan, boleh terus ikuti dibawah ini.

Ubahsuai Rumah Sewa Arwah Ayah Jadikan Rumahku Syurgaku

Asalnya rumah sewa arwah ayah, setelah dapat free, kita ubahsuai mengikut citarasa sendiri. Alhamdulilah.

Terima kasih ayah dan mak. Semoga sentiasa diberkati olehNya. Aamin.

Keadaan bahagian hadapan rumahnya. Konsep yang digunakan biasa-biasa sahaja dengan menggunakan atap asbestos pada rumah jenis lama ini.

umah Sewa Arwah Ayah

Ini bukan telaga, asalnya itu ruang masuk parking kereta sebab rumah tepi jalan beliau tutup ruang tersebut.

Beliau buat tembok orang tidak nampak dalam rumah dan lebih privasi. Jadi, beliau buat kolam bela ikan koi yang ada pacutan air terjun dari tempayan. Ia lebih tenang dan mendamaikan.

umah Sewa Arwah Ayah

Ini dia mini landskap dalam kawasan rumah.

umah Sewa Arwah Ayah

Bahagian tepi pagar juga sangat kelihatan fresh.

umah Sewa Arwah Ayah

Hampir sekeliling kawasan rumah dihiasi dengan pokok dan tanaman hiasan.

umah Sewa Arwah Ayah

Inilah keadaan rumahnya. Sangat cantik walaupun tidak begitu besar dan tak begitu kecil tapi comel.

umah Sewa Arwah Ayah

Usia rumah ini sudah hampir 50 ke atas. Cukuplah didekorasikan dengan apa yang ada, kalau besar, belum tentu lagi boleh hasilkan dekorasi seperti ini. Semuanya beliau lakukan sendiri sahaja.

umah Sewa Arwah Ayah

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca diluar sana.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down