Ubahsuai Bilik Terbiar Kepada Ruangan Cuci Baju Bersih | Giler Deco

Ubahsuai Bilik Terbiar Kepada Ruangan Cuci Baju Bersih

ubahsuai bilik terbiar

Apabila bercakap mengenai ruangan cuci baju ini, tidak semua yang mempunyai ruangan ini dirumah mereka. Sesetengah rumah ada yang meletakkan ruang mesin baju berada belakang dapur dan ada juga yang letak diluar sahaja. Berbeza dengan yang ada ruangan khas untuk cuci baju.

Namun, jika anda dirumah mempunyai satu bilik yang terbiar anda boleh ubahsuai bilik terbiar tersebut kepada ruangan cuci baju. Jadi, tidak perlulah anda berkongsi ruang cuci baju tersebut dengan ruang-ruangan yang lain.

Macam yang dikongsikan oleh Nur Wahida Fahim ini, beliau telah menunjukkan perkongsian mengenai ubahsuai bilik terbiar beliau dijadikan sebagai ruangan cuci baju. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau tersebut.

Wanita Ubahsuai Bilik Terbiar Kepada Ruangan Cuci Baju Yang Bersih

“ Masa mula-mula pindah masuk rumah ni tahun 2015 dulu, memang dah buat laundry area pun. Tapi masa tu tak berapa nak kreatif kot, plus anak-anak pun kecik-kecik lagi time tu. So, tak fikir sangat pasal decor-decor ni.

Kawasan Bilik Yang Terbiar

Hari Pertama kemas. Banyak barang-barang 5 tahun lepas duduk didalam kabinet tersebut. Ada yang masih ber’sealed’ elok dalam kotak sama macam mula-mula pindah dulu.

ubahsuai bilik terbiar

Gambar dibawah adalah selepas kesemua sudah dibersihkan semua.

ubahsuai bilik terbiar

Okay, sambung kemas lagi. Nak clearkan apa-apa yang patut sebelum ke proses seterusnya.

Proses Mencantikkan Dinding

1. Menampalkan 3D Wallpaper Foam

Untuk cantikkan dinding ni, saya gunakan 3d brick foam wallpaper untuk dinding. Ia berharga RM 1.99 sahaja. Saya beli di shopee.

Saya beli 50 pcs tapi guna tak sampai 20 pcs pun. Kalau nak cantik lagi, anda kena teliti sikitlah untuk match kan setiap sambungan tu. Lepas tampal kepingan yang pertama, untuk kepingan yang kedua, 1st layer kena gunting buang untuk samakan shape dia.

Gambar diatas ialah masih dalam progress lagi. Banyak sangat nak kena tampal.

2. Menambahkan Grass Mat

Selepas selesai memasang 3D foam tu, saya meletakkan grass mat ataupun dipanggil rumput karpet untuk bahagian ini.

ubahsuai bilik terbiar

Rumput ini bernama Monochromatic Artificial Grass. Boleh didapati dikedai Mr.DIY. Saya beli bersaiz 1×1 meter dan berharga RM42 sahaja. Saya beli 3 keping. Hehehehe

Pokok tu boleh didapati di Shopee . Tapi warna pintu kabinet tu macam tak match pulak dengan tema. Jadi, apa kata kita tukar warna kabinet tersebut agar ngam dengan tema.

ubahsuai bilik terbiar

ubahsuai bilik terbiar

Tada!!!!! Inilah dia rupa ruangan cuci saya ini. Cantikkan? Kabinet pun sudah bertukar warna daripada merah ke putih agar ia sepadan dengan warna putih foam wallpaper itu.

Sumber : Nur Wahida Fahim

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami

Produk-produk di dalam artikel ini

Ubahsuai Bilik Terbiar Kepada Ruangan Cuci Baju Bersih
3D Brick Wallpaper Foam
Ubahsuai Bilik Terbiar Kepada Ruangan Cuci Baju Bersih
Rumput Karpet
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram