Ubahsuai Bilik Tidur Kepada konsep Minimalis "Deco Raya"

9,678 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Seminggu sahaja lagi umat islam bakal menyambut kedatangan hari raya Aidilfiti. Rata-rata pemilik rumah sedang memerah otak untuk mencari idea bagaimana mahu mendekorasikan rumah dan bilik supaya cantik dan kelihatan ceria. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama Fara Dino. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai bilik tidur kepada konsep minimalis "deco raya".

Selain dari memfokuskan pada bahagian rumah dan ruang tamu rumah sahaja, bilik tidur juga perlu diubahsuai supaya nama lebih ceria dan cantik. Apa salahnya kan anda cuba mendekorasikan bilik tidur anda sendiri. Setidaknya anda dapat merasai keadaan bilik yang baru dan kelihatan ceria dihari raya.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsiakan ini.

Ubahsuai Bilik Tidur Gaya Minimalis Raya :

 

Ini adalah keadaan ruang dan dekorasi bilik sebelum diubahsuai dengan menggunakan konsep dan gaya baru iaitu gaya minimalis. Memang nampak satu bilik hijau je kan? Terang pula tu. Jom ikuti proses ubahsuai bilik yang dari warna hijau sahaja itukar dengan cara dan gaya yang sangat menarik.

hiasan bilik tidurIni adalah keadaan bilik tidur selepas proses ubahsuai selesai dengan dekorasi yang cantik dan menarik. Tenang bukan dekorasi yang berjaya dihasilkn ini. gabungan tona warna putih dan kelabu menampakkan lagi tarik dan dekorasi ini.

hiasan bilik tidurIni adalah keadaan dekorasi dan susun atar perabot dan barangan didalam bilik supaya sentiasa kelihatan kemas.

hiasan bilik tidur Ini ada dekorasi bunga hiasan yang simple dan dekorasi daun pokok yang nampak segar dibahagian tempat letak telekung solat. Di bahagian kiri adanya kitab suci Al-Quran disamping cermin untuk perhiasan diri.

hiasan bilik tidur Ini juga adalah dekorasi pokok hiasan didalam pasu. Selain itu, Faktor pemilihan langsir yang sesuai juga akan menajikan bilik anda tampak lebih menarik. Contohnya seperti gambar dibawah ini. Bagi yang bertanya dimana dapat memberi tangga kayu yang digunakan itu. Anda boleh tekan link yang disediakan disini : Link Shopee.

hiasan bilik tidur Keadaan bilik dari pandangan lain.

hiasan bilik tidurItu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap perkongsian ini bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down