Deco Bilik Tidur Lama Kepada Konsep Aesthetic | Giler Deco

Deco Bilik Tidur Lama Kepada Konsep Aesthetic

dekorasi bilik tidur

Bilik tidur merupakan satu ruang yang sangat penting untuk kita semua. Jika bilik tidur yang diami sekarang ini kelihatan lusuh dan suram, tidak salahnya anda cuba deco bilik tidur supaya kelihatan lebih cantik dan ceria. Perkongsian pada kali ini adalah dari Dekma Laa. Perkongsiannya pula adalah mengenai deco bilik tidur lama kepada konsep “Aesthetic” ala kampung.

Dengan memiliki bilik tidur yang cantik dan kemas, setidaknya dapat memberi keselesaan juga untuk anda tidur. Jadi, jika anda rasa bilik tidur anda tidak begitu menarik dan agak lusuh, apa salahnya jika anda cuba untuk memberi nafas baru kepada bilik tidur anda.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco bilik tidur yang menarik ini.

Deco Bilik Tidur Lama Kepada Konsep Aesthetic

 

Deco bilik cara orang kampung, jadi la habuan sedap mata memandang. Kalau ada yang tak kena boleh bagitahu. Nanti kita ubah apa yang patut .

 

Ini adalah keadaan asal bilik dengan tema dan tona warna lebih kurang kuning sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan lebih menarik dengan gaya moden ala kampung hipster.

dekorasi bilik tidur

Pandangan bilik dari sudut almari dan lampu bilik.

dekorasi bilik tidur

Keadaan kawasan pintu bilik sebelum ubahsuai dengan dekorasi bilik tidur yang menarik diterapkan.

dekorasi bilik tidur

Keadaan ruang makeup dengan susun atur barangan makeup selepas proses ubahsuai selesai dilakukan.

dekorasi bilik tidur

Keadaan almari setelah diberi nafas baru dengan cara mengecat semula.

dekorasi bilik tidur

Keadaan bilik dari sudut pandangan menghala ke tingkap rumah.

dekorasi bilik tidur

Hasil dekorasi bilik tidur setelah ubahsuai selesai dilakukan.

dekorasi bilik tidur

Keadaan dinding bilik tidur selepas selesai diubahsuai dengan melakukan susun atur barangan dan peralatan pada dinding supaya bilik kelihatan lebih ceria.

dekorasi bilik tidur

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk ubahsuai bilik tidur anda supaya kelihatan cantik berseri-seri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram