Ubahsuai Dalaman Rumah Hasilkan DIY "Hidden Door"

3,740 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Menjelang raya yang bakal tiba ini makin ramai bakat-bakat dalam deco rumah mula dicungkil dalam ubahsuai dan mendekorasikan rumah kediaman. Dengan andanya keinginan dalam deco rumah memang anda akan dapat hasilkan sesuatu yang cantik untuk kediaman anda. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah dari saudara Danial Farhan. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai dalaman rumah hasilkan diy "hidden door".

Selain itu, Kreativiti juga sangat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi untuk ubahsuai dan deco rumah ini.

Jadi jom kita ukuti perkongsian projek diy yang menarik pada kali ini.

Ubahsuai Dalaman Rumah Hasilkan DIY "Hidden Door" Yang Cantik Dan Kemas :

Akhirnya siap projek sendiri yang ambil masa 1 bulan lamanya.
Duduk dalam group ni pun terjebak banyak projek DIY .

Bermula 7 April panggil orang buat partition biasa dulu. Lepastu lain semua buat sendiri.

Masuk pula bulan Ramadhan, fokus ibadah so tangguh lagi.

Fikir nak dekat raya, baru usaha untuk siapkan. Panggil adik beradik dan cik tunang tolong cat sekali.

Leceh betul nak cat sebab ikut citarasa minat buat design strip banyak macam ni.

Proses pembuatan seperti di dalam gambar di bawah.

Kos anggaran?

RM100 = 40 batang mdf strip tapi guna 39 batang je (1 inci x 8 kaki) beli kat shopee tapi collect sendiri di Sungai Buloh
RM35 = Cat Jotun hitam kilat : Link Shopee
RM14 = Gam x-bond x2 : Link Shopee
RM5 = Gap filler (tak pakai sangat) : Link Shopee
RM30 = Mitre box and back saw  : Link Shopee
RM30 = Anggaran tape : Link Shopee
Berus cat :  Link Shopee
sesiku L : Link Shopee
Total = RM204

Partition guna partition board tapi frame pintu kayu dan pintu plywood sebab nak dapatkan frameless hidden door. Kalau nak lagi tak nampak, engsel buka ke dalam, tapi ruangan terhad. Macam ni dah puas hati dah.

Semasa Proses :

  

Proses Hampir Siap :

dekorasi ruang tamu

dekorasi ruang tamu

dekorasi ruang tamu

dekorasi ruang tamuSelepas :

dekorasi ruang tamu

dekorasi ruang tamu

dekorasi ruang tamuItu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Salam penutup dan Selamat Hari Raya Semua. 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down