Ubahsuai Dapur Lama Kepada Dapur Table Top

2,843 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sudah menjadi impian setiap pemilik rumah mahu memiliki ruang dapur yang cantik dan selesa. Hal ini kerana, dapur adalah tempat yang sentiasa digunakan oleh suri rumah untuk melakukan aktiviti memasak dan sebagainya. Dengan adanya dapur yang cantik dan kemas, sudah pasti dapat menaikkan lagi semangat para isteri untuk memasak.

Walaupun pada ketika ini dapur rumah hanya biasa-biasa sahaja. Namun, itu bukanlah menjadi satu isu buat kita untuk melakukan penambahbaikan terhadap ruang dapur tersebut supaya kembali kelihatan menarik dengan deko baru.

Itu yang dilakukan oleh suami kepada wanita ini yang bernama Waniey Comey. Beliau melakukan ubahsuai dapur miliknya dengan mengupah kontraktor.

Tanpa berlengah lagi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Ubahsuai Dapur Lama Kepada Dapur Table Top

Assalamualaikum.

Sekadar memeriahkan contest. Idea dan deco sepenuhnya dari En.suami. Tiada konsep tertentu, cukup sekadar kemas dan sejuk mata memandang.

Projek ini memakan masa selama sebulan jugalah. Kira hadiah birthday tahun ni la.

Bahagian dapur sebelum diubahsuai. Ubahsuai ini dilakukan dengan menambah batu pada bahagian tingkap tersebut. Pada bahagian sebelah kanan itu pula dibuang terus supaya lebih luas.

Ubahsuai Dapur Lama Kepada Dapur Table Top

Keadaan dapur semasa proses ubahsuai dilakukan. Bahagian dapur ini di extend supaya lebih luas.

Ubahsuai Dapur Lama Kepada Dapur Table Top

Pandangan lebih dekat ruang yang baru ditambah itu.

Ubahsuai Dapur Lama Kepada Dapur Table Top

Lampu juga dipasang baik dan dapat menaikkan lagi seri ruang dapur ini.

Ubahsuai Dapur Lama Kepada Dapur Table Top

Hasil ruang dapur ini setelah selesai diubahsuai.

Itu sahaja perkongsian ubahsuai dapur lama pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down