Ubahsuai Dapur Lusuh Hanya Guna Wallpaper Kedai ECO

17,320 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dianugerahkan rezeki anak kecil yang ramai sudah pasti membuatkan kita tiada masa untuk menguruskan hal-hal dapur. Apatah lagi mahu hasilkan dekorasi pada ruang tersebut.

Walau bagaimanapun, ia tetap perlu dicantikkan juga. Paling tidak, cukup dengan membuatkan ianya kelihatan kemas dan bersih. Namun, jika berkelapangan, apa salahnya cuba hasilkan sedikit dekorasi pada ruang dapur tersebut supaya ianya kelihatan lebih ceria dan menarik.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Nurul Ain Ismail. Beliau bersama anak-anak kecilnya menghasilkan ubahsuai dapur lusuh dengan hanya menggunakan barangan yang dibeli dari Kedai ECO, MR.DIY dan Shopee sahaja.

Ingin tahu dengan lebih lanjut? Jom teruskan bacaan di bawah ini.

Ubahsuai Dapur Lusuh Hanya Guna Wallpaper Kedai ECO

Dapur ini sebelum diubahsuai. Ianya jelas kelihatan lusuh dan tidak begitu kemas.

ubahsuai dapur lusuh

Keadaan dapur setelah selesai diubahsuai. Sangat cantik dan kelihatan mewah. Barulah semangat nak masuk dapur.

Wallpaper yang digunakan itu dibeli dari Shopee.

wallpaper dapur

Wallpaper Bata

Khas untuk kegunaan pada bahagian dapur.


Beli di Shopee
ubahsuai dapur lusuh

Bahagian rak ini dibeli dari kedai MR.DIY.

ubahsuai dapur lusuh

Langsir bawah ini digantung dengan menggunakan rod yang dibeli dari kedai Mr.DIY sahaja.

Cara menghasilkan dekorasi dapur kecil tidaklah begitu sukar sebenarnya. Ianya hanya perlu dipadankan dengan warna terang barulah nampak tidak begitu sempit.

Cara penjagaannya pula sangat mudah, hanya perlu rajin lap setiap hari setelah selesai aktiviti memasak.

ubahsuai dapur lusuh

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya ini adalah almari lama. Namun, beliau telah menampal wallpaper supaya kelihatan lebih baru.

ubahsuai dapur lusuh

Cantik ubahsuai dapur yang dihasilkan oleh ibu kepada 3 orang anak ini. Dari dapur yang kelihatan lusuh terus nampak baru.

Itu sahaja perkongsian ubahsuai dapur pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down