Ubahsuai Dapur Rumah Sewa Sempit Guna Barang IKEA

33,619 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tinggal di rumah sewa sudah semestinya kita akan berfikir dua kali jika mahu lakukan ubahsuai kediaman tersebut. Hal ini kerana, rumah tersebut bukanlah rumah tetap kita, jadi pemilihan barangan yang ingin dilakukan untuk ubahsuai tersebut perlulah dipilih dengan betul.

Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang penyewa yang bernama Nor Sakinah Samat. Beliau telah berjaya mengubahsuai dapur rumah sewa itu dengan menggunakan barangan IKEA.

Jadi, jom ikuti perkongsian deco dapur yang menarik agak menarik ini.

Ubahsuai Dapur Rumah Sewa Sempit Guna Barang IKEA

Alhamdulillah, tahun ketiga menyewa baru ada keberanian nak ubahsuai "My small kitchen".

Simple-simple sahaja asal sedap mata memandang. Tak ada dah nak berlaga dengan cik abang kalau ke dapur.

Ruang pon jadi lebih luas bila kebanyakkan barang dah susun dalam kabinet.

Kabinet dan sinki : IKEA.

Pemasangan : The Grand Laci.

Inilah rupa dapur sebelum ubahsuai dilakukan.

Ubahsuai Dapur Rumah Sewa Sempit
Ubahsuai Dapur Rumah Sewa Sempit

Keadaan dapur selepas diubahsuai menggunakan kabinet dari IKEA.

Boleh dapatkan di Shopee:

deco dapur

Keadaan dapur pada bahagian kabinet dan sinki selepas diubahsuai.

deco dapur

Pandangan dari sudut berbeza ruang dapur setelah proses ubahsuai siap dilakukan bagi menghasilkan keadaan ruang dapur yang lebih kelihatan cantik dan tersusun rapi dengan kemas.

deco dapur

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian pada kali ini sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco rumah sewa masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down