Ubahsuai Kediaman Kosong Kepada Konsep Hipster Industri Minimalis

21,870 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Walaupun dikurniakan anak kecil yang ramai, itu langsung tidak menghalang seorang bapa dan juga merupakan seorang cikgu untuk menghasilkan dekorasi rumah kediaman miliknya. Beliau yang merupakan bapa kepada 3 orang anak ini menghasilkan ubahsuai kediaman kosong berkonsepkan hipster.

Bagi memastikan dekorasi dalaman rumah kekal lama. Beliau telah menyediakan ruangan khas untuk anak-anaknya bermain. Ruang bilik itu didekorasikan khas untuk 3 orang anaknya.

Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar selepas berjaya diubahsuai.

Ubahsuai Kediaman Kosong Kepada Konsep Hipster Simple

Keadaan dalaman rumah sebelum diubahsuai.

Ubahsuai Kediaman Kosong

Menurutnya, apa yang membuatkan kediaman ini mudah untuk diubahsuai kerana kediaman ini tidak mempunyai banyak perabot. Jadi, kerja-kerja untuk pembersihan habuk yang melekat sangat mudah dan tidak begitu penat.

Ubahsuai Kediaman Kosong

Keadaan ruang tamu rumahnya selepas siap diubahsuai. Beliau mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan untuk menyiapkan dekorasi yang cukup kelihatan kemas dan menarik ini. Kos yang dikeluarkan adalah lebih kurang dalam RM15k.

Ubahsuai Kediaman Kosong

Rumah yang berkeluasan 1400 kaki persegi ini didekorasikan dengan kombinasi warna hitam dengan gaya dinding batu-bata ala industrial. itu yang lebih membuatkan rumah ini kelihatan moden.

Ubahsuai Kediaman Kosong

Keadaan dapur rumahnya selepas diubahsuai. Aksesori dan perabot yang dipilih adalah berdasarkan dengan kesesuaian rumah agar selari dengan konsep yang digunakan. Salah satunya adalah gabungan warna earthtone dan hitam. Dekorasi yang digunakan itu adalah inspirasi dari dekorasi trend terkini.

Hipster Industri Minimalis

Kombinasi warna hitam putih pada bahagian dapur lebih menarik untuk dipandang.

Hipster Industri Minimalis

Keadaan bilik tidur selepas diubahsuai.

Ubahsuai Kediaman Kosong

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada individu yang mahu mengubahsuai rumah kepada konsep baru

Semoga bermanfaat.

Kredit: Yuslan Ibrahim

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down