Ubahsuai Kediaman Lusuh Kepada Konsep Raya

10,909 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bila sebut pasal raya tidak kira tua atau muda memang semua orang akan merasi keseronokan berhari raya. Memang sudah menjadi kebiasaan apabial menjelang raya pemilik rumah akan mula sibuk dalam mencari idea untuk deco rumah. Perkongsian dari Giler Deco untuk kali ini adalah dari Masieta Mas. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai kediaman lusuh kepada konsep "ukiran kayu" menjelang raya.

Memang tidak dinafikan boleh dikatakan semua pemilik rumah akan mula mencari gali idea apabila tiba bulan ramadhan untuk didekorasi sempena menyambut syawal yang bakal menjelma. Kebiasaanya pemilik rumah akan melakukan deco rumah secara kecil-kecilan seperti mengecat rumah, tukar langsir rumah dan sebagainya. Apa yang penting adalah untuk menampakkan rumah kelihatan lain dari yang lain semasa hari raya nanti.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ingin dikongsikan oleh wanita ini yang merupakan pemilik rumah ini.

Ubahsuai Kediaman Lusuh Sempena Menyambut Hari Raya :

Alhamdulillah sempat siap sebelum raya, langsir, almari, karpet, rak, lampu beli dekat kedai online iaitu shopee, ukiran kayu, pasang mozek keseluruhan buat sendiri belajar di YouTube.

Ini adalah keadaan kawasan kediaman rumah sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan gaya baru yang cantik dan kelihatan mewah simple tapi kreatif. Kalau dilihat keadaan rumah dan kawasan rumah agak kelihatan lusuh dan biasa-biasa sahaja.

deco rumahIni pula adalah keadaan kawasan tingkap rumah ini seteleah diubahsuai dengan memasang langsir yang baru dibeli sempena menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba.

deco rumah Ini adalah keadaan dekorasi rumah pada waktu malam. jelas kelihatan cantik dengan dekorasi langsir baru.

deco rumahIni adalah dekorasi yang telah siap diubahsuai dengan gaya baru.

deco rumahIni adalah keadaan dekorasi rumah dari sudut pandangan lain setelah diubahsuai dengan gaya baru.

deco rumahIni adalah keadaan kediaman rumah sebelum bingkai ukiran diletakkan.

deco rumahItu sahaja perkongsian deco rumah untuk perkongsian pada kali ini. Diharap perkongsian ini  dapat memberi anda sumber idea dan inpirasi dalam mencari konsep yang anda inginkan. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down