Ubahsuai Laluan Pintu Masuk Kepada Konsep "Curtain Style"

15,686 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Laluan pintu masuk merupakan laluan yang penting untuk sesetengah rumah. Laluan pintu masuk yang cantik, bersih dan kemas sangat diidamkan para-para ibu disana. Bukan sahaja nampak cantik bahkan mampu membuat tetamu yang berkunjung terkejut.

Jadi, apa kata lihat balik laluan pintu masuk dirumah masing-masing. Jom kita ubahsuai laluan pintu masuk yang sedia ada macam yang dilakukan oleh Dyera Kaieyra. Perkongsian daripada beliau ini telah dikongsikan didalam grup Facebook "Deco Rumah Sebelum Selepas". 

Dyera Kaieyra telah bosan dengan laluan pintu masuk lama beliau dan ingin melakukan perubahan terhadap laluan tersebut. Beliau telah ubahsuai laluan pintu masuk tersebut kepada konsep "Curtain Style". Jom kita tengok perkongsian daripada beliau dan hasil akhir.

Wanita Ubahsuai Laluan Pintu Masuk Berkonsepkan "Curtain Style"

Rumah jenis apartment kecil. Laluan pintu masuk. Wainscoting dan cat semua kami laki bini buat. Kecuali pasang lampu tu panggil tukang. Boleh la deco PKP. Raya dirumah

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Proses Melakukan Ubahsuai Laluan Pintu

Ini adalah gambar asal laluan yang lama. Kini, dalam proses memasang frame wainscotting di dinding.

Ubahsuai Laluan Pintu Masuk

Proses memasang frame wainscotting ini memang memakan masa yang lama. Untuk lekatkan frame pada dinding tersebut, saya gunakan gam kayu berjenama X-Bond ini yang dibeli daripada platform Shopee.

Alang-alang dah buat frame wainscotting untuk dinding, saya juga letak beberapa frame pada bahagian pintu juga agar nampak elegan dan bercorak sikit.

Ubahsuai Laluan Pintu Masuk

Hasil Akhir Laluan Pintu Masuk

Tadaaa!!!! Inilah dia hasil akhir laluan pintu masuk saya yang sekarang. Gabungan cat kelabu dan dinding wainscotting sangat menyerlahkan lagi kecantikkan di laluan tersebut.

Macam mana? ada perubahan tak? Senang jer nak buat. Semua pasti dapat melakukannya.

Ubahsuai Laluan Pintu Masuk

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi untuk melakukan ubahsuai laluan pintu masuk dirumah anda masing-masing. Komfirm tetamu akan terpegun melihatnya.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Dyera Kaieyra 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down