Penjagaan bahagian halaman rumah dengan menggunakan rumput asli sudah pasti agak renyah. Hal ini kerana, ia memerlukan penjagaan yang rapi supaya rumput tersebut kelihatan sentiasa segar dan subur.
Tetapi tidak ramai pemilik rumah yang mempunyai masa yang cukup untuk sentiasa menjaga ruang halaman rumahnya. Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut, apa salahnya guna rumput tiruan pada kawasan halaman rumah tersebut.
Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Aida Mia, selain dari ubahsuai ruang halaman rumah sahaja, beliau dan suami hasilkan ubahsuai dua dalam satu iaitu ubahsuai laman rumah dan dapur pada bahagian ruang tingkat atas.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Perkongsian gambar sebelum dan selepas renovate serta ubahsuai laman rumah.
Letak simen rumput karpet dan tabur batu, settle!
Tak perlu nak susah-susah jaga rumput lagi, lega
Bahagian pagar rumahnya.
Bahagian tepi halaman rumah selepas diubahsuai. Letak batu dan tempat berjalan sahaja terus nampak lebih kemas dan menarik.
Pandangan dari sudut berbeza.
Deco pada bahagian hadapan pintu masuk rumah.
Ini pula adalah dekorasi pada kawasan rumah.
Pasu disusun cukup kelihatan kemas dan menarik pada bahagian pagar rumah.
Ianya kelihatan lebih kemas setelah penggunaan rak untuk meletakkan pasu bunga.
Kita beralih pula pada bahagian dapur pada tingkat atas.
Keadaan ruang dapur atas setelah selesai diubahsuai.
Gambar penuh keadaan ruang dapur boleh lihat dibawah ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat.