Ubahsuai Meja Kayu Lama Kepada Meja Marbel Mahal

849 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nak hias rumah nampak baru, tak semestinya perlu guna barang dan perabot baru, selagi barang tu elok dan kukuh boleh je kita hias balik bagi nampak baru dan mewah. Contohnya, meja-meja kayu lama yang terpakai atau almari-almari dalam bilik. Sebagai sumber inspirasi, apa kata kita ikuti perkongsian Intan Nasirah yang seakan memberi nafas baru kepada meja kayu lama beliau menjadi meja marbel yang nampak mewah dan menarik. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai meja kayu lama kepada meja marbel mahal.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini.

Ubahsuai Meja Kayu Lama :

Saja nak share saya buat DIY meja makan. Asal meja ni owner lama punya. Sebab masih kukuh dan elok rasa sayang pula nak buang.  Jadi saya transform bagi nampak baru.

 

Ini adalah keadaan sebelum meja diubahsuai dengan gaya baru.

Ini pula adalah keadaan selepas meja usang yang lusuh tadi selepas diubahsuai dengan gaya baru.

Ini adalah keadaan meja setelah selesai diubahsuai dan sudah boleh digunakan.


Bahan-Bahan Yang Diperlukan Boleh lihat di bahagian paling bawah artikel ini.

Langkah-Langkah : 

Cat kaki meja dengan lebihan cat dinding.

Balut dengan wallpaper marble dan lapik dengan pvc cloth. Ini lah hasil meja yang diubahsuai secara diy tadi. Menarik bukan? Meja yang sebelum ini kelihatan lusuh dan lama kini sudah 100 peratus kelihatan cantik dan baru.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian sebegini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam cuba untuk mengubahsuai meja lama anda kepada konsep dan gaya baru. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat Mencuba. Lepasni boleh buat dengan ahli keluarga masing-masing.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down