Ubahsuai Ruang Tamu Hasilkan Entryway Gaya Mewah

717 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan dekorasi pada ruang tamu rumah secara DIY sudah menjadi satu trend. Pada masa kini, ianya sering dilakukan oleh pasangan suami isteri kerana penghasilannya tidaklah begitu rumit seperti ingin membina sebuah rumah.

Selain itu, apabila melakukannya secara DIY, ia lebih memudahkan kita untuk memilih konsep bagaimana yang ingin dihasilkan mengikut citarasa tersendiri.

Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Dilla Nur Amira bersama suaminya. Beliau telah mengubahsuai ruang tamu dengan menghasilkan deco pada ruang entryway dan ruang menonton tv dengan gaya yang sangat mewah.

Untuk mengikuti dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Ubahsuai Ruang Tamu Jadikan Lebih Mewah

Hye semua.

Baru ada masa nak upgrade sikit-sikit keadaan rumah. Kami suami isteri sahaja yang deco rumah ini ikut sesedap mata memandang dan cuba lari dari warna selamat.

Dari pemasangan wainscoating dan cat rumah suami banyak bantu. Menggunakan colour Jotun majestic classic green untuk keluar dari zon selamat.

Satu warna lagi Soft Teal Jotun. Mungkin boleh bagi sedikit idea kepada anda semua my humble deco ini . Boleh lihat gambar sebelum dan selepas.

Ruang tamu sebelum di ubahsuai.

Ubahsuai Ruang Tamu
Ubahsuai Ruang Tamu

Memiliki ruang tamu besar boleh dikatakan satu masalah juga jika pakai warna selamat, lagi nampak luas.

Jadi, beliau cuba kurangkan penggunaan perabot dalam rumah untuk menampakkan lebih minimalis. Beli memberanikan diri pilih warna gelap sedikit.

Ubahsuai Ruang Tamu

Keadaan dan susunan kawasan tempat letak tv sebelum dipindahkan ke bahagian dinding sebelah lagi. Suaminya perlu lakukan proses menebuk dinding untuk pindahkan wayar yang berselirat.

Ubahsuai Ruang Tamu

Wainscoting pertama hanya menggunakan kayu, untuk wainscoting kedua pula beliau hasilkan gold wainscoting.

Ubahsuai Ruang Tamu

Cat pada dinding ini beliau guna classic green sebab mahu timbulkan warna sebenar. Cat paling kurang perlu buat 5 hingga 6 layer. Ianya agak letih untuk lapiskan sehingga 6 lapisan. Selepas siap wainscoting kayu, wainscoting gold pula dipasang.

Pemasangan wainscoting gold dilakukan. Beliau hanya beli secara online sahaja di Shopee.

Ubahsuai Ruang Tamu

Keadaan ruang tamu setelah selesai di ubahsuai.

Ubahsuai Ruang Tamu

Untuk bahagian entry way pula, beliau hasilkan dengan cara customize mirror. Beliau order secara terus dari kilang dan pasang sendiri.

Cermin bahagian bawah itu dibeli dari Shopee. Lampu ala-ala KDrama Penthouse juga dibeli dari Shopee.

Ubahsuai Ruang Tamu

Beliau berkata, setiap rumah perlu ada entry way, entry way ini umpama first impression pada pemilik rumah.

Beliau juga ada terniat untuk membeli bunga, namun teragak-agak untuk letak sebab beliau tak suka bunga. Bunga pun mahal zaman sekarang ni.

Ubahsuai Ruang Tamu

Untuk bahagian ini, beliau guna cat Jotun Majestic Soft Teal untuk bahagian istirehat. Beliau berkata, warna lembut lebih sesuai sebab kawasan rehat. Barulah tenang sedikit kalau guna warna seperti ini. Sangat cantik.

Ubahsuai Ruang Tamu

Cat yang digunakan pada bahagian ini pula adalah Jotun Majestic Classic Green. Lain-lain warna dari emerald green. Penggunaan lampu juga cukup memainkan peranan. Barulah warna gold wainscoting akan timbul.

Ubahsuai Ruang Tamu

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dekorasi rumah yang cantik dan kelihatan mewah ini dapat memberi inspirasi kepada pembaca yang mahu mengubahsuai rumah.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down