Ubahsuai Rumah Banglo Jadikan Mural Rumah Kampung | Giler Deco

Ubahsuai Rumah Banglo Jadikan Mural Rumah Kampung

mural rumah kampung

Setiap orang mempunyai kelebihan yang berbeza. Ada yang pandai dalam membina rumah, membaiki kereta dan sebagainya. Perkongsian yang ingin dikupas pada kali ini adalah mengenai kreativiti lelaki ini yang bernama Zameer Pentbrush dalam mengubahsuai rumah banglo jadikan mural rumah kampung dengan gaya dan konsep cukup cantik dan menarik.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik dan cukup berseni ini.

Ubahsuai Rumah Banglo Jadikan Mural Rumah Kampung

 

Cara nak buat rumah kayu save bajet. Tak payah pakai papan dinding, Tak payah pakai papan sera. Modal rm85 sahaja, cat putih, hitam, coklat dan turpetine saja pun. Tak pandai tak apa tapi rajin.

 

Keadaan dinding rumah banglo sebelum konsep mural dihasilkan.

Proses dimulakan dengan menghasilkan dinding murah berkonsepkan kayu papan rumah lama.

Kelihatan sangat realistik dan berseni.

Bahagian dinding luar rumah setelah selesai diubahsuai. Cantik bukan? Kelihatan seperti dinding rumah kayu hasil yang dilakukan ini.

Keadaan pintu rumah setelah diubahsuai.

Bahagian tempat membasuh kaki dengan lukisan tempayan dan selipar jepun.

Kelihatan agak realistik bukan? Padahal ini hanya lukisan sahaja kecuali pemuda dan gayung yang dipegang.

Projek ubahsuai diteruskan lagi dengan mengecat bahagian dinding hadapan rumah pula.

Bahagian hadapan rumah setelah selesai dilakukan ubahsuai.

Bahagian pintu masuk semasa proses ubahsuai dilakukan.

Bahagian pintu masuk setelah selesai diubahsuai.

Konsep mural pada bahagian dapur.

Bahagian jendela rumah.

Bahagian ruang tangga rumah.

Inilah hasil keseluruhan setelah rumahnya selesai diubahsuai dengan konsep dan gaya mural yang cukup berseni dan menarik.

Itu sahaja perkongsian deco rumah dengan cara mural yang cukup cantik dan kreatif. Diharap dapat memberi sumber inspirasi kepada anda semua.

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram