Ubahsuai Rumah Kayu Lama Kepada Gaya "Banglo Moden" | Giler Deco

Ubahsuai Rumah Kayu Lama Kepada Gaya “Banglo Moden”

ubahsuai rumah kayu lama

Bercerita mengenai rumah lama dan buruk ini, ramai sahaja rakyat kita yang menetap dan tinggal didalam rumah tersebut. Kita harus bersyukur walaupun menetap dirumah kayu, ia tetap merupakan rumah kita. Namun, kita boleh ubahsuai rumah kayu lama tersebut kepada sesuatu yang baharu.

Macam yang dilakukan dan dikongsikan oleh Nur Fatihah Ishak ini. Beliau telah melakukan satu ubahsuai rumah kayu lama beliau kepada gaya “Banglo Moden”. Diceritakan lagi, beliau menginginkan kelainan terhadap rumah kayu tersebut.

Giler Deco kali ini ingin berkongsikan dengan anda semua sedikit hasil dan juga dekorasi yang dikongsikan oleh Nur Farihah Isyak ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Wanita Ini Kongsi Hasil Ubahsuai Rumah Kayu Lama

Hai… ramai mintak saya post rumah kayu buruk yang saya dan suami renovate… rumah kayu ni kami nak nampak mcm rumah batu.
Nak beli rumah tak mampu lagi sbb baru dpt kerja..huhu. ni pun rumah arwah tok belah suami…So..boleh la kawan2 nak tengok.
Ni la teratak buruk saya sebelah luar… hehehe.. memang nampak buruk
ubahsuai rumah kayu lama

Bahagian Rumah Yang Diubahsuai

Bahagian Ruang Tamu ( Sebelum )

Ni rumah mula2 duduk dulu. Macam surau sebab tiada apa-apa.

ubahsuai rumah kayu lama

Dah mula renovate. Yang kayu tu nak tambah bilik 1 lagi

Semua dinding kami lapis siling dan partition board. Dan siling pun dah letak.

ubahsuai rumah kayu lama

Bahagian Ruang Tamu ( Selepas )

Yang ni dah siap. Situ memang tempat anak tido sambil tengok tv. Sofa tu sofa shopee tau.

ubahsuai rumah kayu lama

Yang ni depan pintu masuk. Hias2 sikit kasi WOW. Dining chair , carpet, bunga, meja by shopee jugak.

Ni depan meja ruang santai tadi..yang sarang lebah tampal di dinding tu beli kat kdai eco

Bahagian Bilik Tidur ( Sebelum )

Ni bilik kami asal iaitu bilik lama. Bilik ni kami nk bagi ke anak.

Bahagian Bilik Tidur ( Selepas )

Tadaaaaaa siap!!

ubahsuai rumah kayu lama

Yang ni merupakan bilik satu lagi.

Bahagian Dapur ( Sebelum )

Ini adalah bahagian ruang dapur saya yang sebelum.

Bahagian Dapur ( Selepas )

Tadaaa!! Dapur ni kami saya tampalkan wallpaper sahaja agar nampak cantik. Senang tidak perlu nak cat.

ubahsuai rumah kayu lama

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram