Ubahsuai Rumah Kuarters Polis Yang Berusia 50 Tahun | Giler Deco

Ubahsuai Rumah Kuarters Polis Yang Berusia 50 Tahun

ubahsuai rumah

Pasti ramai diantara kita ini tinggal di kuarters polis kan? Walaupun rumah tersebut kecil namun ia masih lagi tempat tinggal untuk sesetengah rakyat Malaysia. Untuk mencantikkan lagi rumah kuarters, ia juga boleh diubahsuai & renovasi agar ia nampak kemas dan menarik.

Macam lelaki ini yang dikenali sebagai Firdaus Firman yang berjaya membuat ubahsuai rumah kuarter polis beliau yang sudah berusia hampir 50 tahun. Beliau telah menunjukkan hasil ubahsuai dan renovasi rumah beliau didalam laman sesawang Facebook.

Pekongsian dilaman Facebook itu sekaligus telah memukau pandangan netizen. Ia dikongsikan didalam sebuah grup bernama Kelab Kaki Deko. Jom kita tengok hasil perkongsian beliau.

Ubahsuai & Renovasi Rumah Kuarters Polis Usia 50 Tahun, Netizen Terkejut Melihatnya !!

Tumpang lalu rumah bujang ku… Kuarters Polis yang berusia lebih 50 tahun…. Cat dinding je x berani nak buat lebih2 sbb rumah kerajaan bila2 masa je kena pindah

 

Rumah Yang Dahulu Buruk Kini Berubah

Menurut daripada Firdaus Firman ini, beliau telah pun membuat ubahsuai rumah kuarters ini untuk memberi nafas baru. Beliau telah mengecat rumah ini dan dekorasikannya dengan perabot yang baru.

Perubahan tersebut jelas beliau bukan sahaja memulihkan rumah tersebut namun telah menukarkan rumah yang dahulu buruk kepada rumah yang baru dibeli secara 360 darjah.

Gambar Sebelum Dibuahsuai

ubahsuai rumah

Gambar Setelah Diubahsuai 

ubahsuai rumah

ubahsuai rumah

ubahsuai rumah

ubahsuai rumah

Netizen Terkejut Melihatnya!!

Perkongsian daripada Firdaus Firman ini telah mengejutkan para ahli grup Kelab Kaki Deko. Hasil daripada tersebut, perkongsian itu telah mencecah hampir 32 Ribu Likes dan juga hampir 3.6K komen mengenai perkongsian tersebut.

Sangat Kreatif!!!!

Macam mana dengan ubahsuai dan dekorasi rumah yang dilakukan oleh Firdaus Firman ini? Anda semua mesti kagum melihatnya. Semoga anda juga mampu membuat sama yang dilakukan oleh beliau. Semoga artikel ini dapat memberi anda inspirasi dan juga bermanfaat untuk anda semua.

Sumber : Firdaus Firman

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram