Makeover Rumah Pusaka Berusia 40 Tahun | Giler Deco

Makeover Rumah Pusaka Berusia 40 Tahun

deco rumah pusaka

Rumah pusaka adalah rumah lama peninggalan ibu-bapa kita. Jika dibiarkan tidak diurus mungkin akan semakin lusuh dimakan anai-anai dan sebagainya. Ada sesetengah orang, mereka mengambil langkah untuk tinggal di rumah pusaka bagi mengelakkan rumah itu terbiar dan kosong. Jadi perkongsian pada kali ini adalah dari Hanee Fakhrurazi. Perkongsiannya pula adalah mengenai makeover rumah pusaka berusia 40 tahun kepada “ruang ilmu keluarga”.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Makeover Rumah Pusaka Berusia 40 Tahun

 

Laman Ilmu Ar Razi

Kami tinggal di rumah pusaka, rumah family. Rumah sudah berusia hampir 40 tahun. Make over ruang rumah tingkat atas jadi ruang family (Library and aktiviti riadah). Semuanya buat sendiri bersama husband dengan anak-anak. Dari mengecat, pasang lantai, pasang perabot ikea and susun atur dari PKP 1 sampai PKP 3. Saja post sini kot-kot dapat beri manfaat pada semua.

 

Sebelum mula deco. Rasanya kali terakhir cat rumah ini dalam tahun 1999-2000.

deco rumah pusaka

Papan plyywood banyak yang sudah kembang. Rumah kampung macam ini lah. Tirih merata bila hujan and angin kuat. jadi pasang semula dinding plywood dan tampal yang lubang-lubang.

deco rumah pusaka

Menyeramkan juga nak naik rumah atas kalau sudah suram macam ini.

Masa tengah kemas-kemas nak mula projek deco “Ruang keluarga”.

Baru lepas cat. Barang-barang masih bersepah.

Tingkat atas ini jadi stor simpanan barang-barang. Sebab sayang nak di buang.

Meja kayu slab. Hadiah dari datuk kepada emak. Dibuat sendiri dari kayu pokok pukul 5. Hampir 40 tahun usia meja ini.

Sofa lama sayang nak dibuang. Hantar kedai untuk salin kulit dan tambah span.

Sofa ini pun hantar kedai salin baju. Sayang nak dibuang juga.

Kerusi ini umur sudah 20 tahun lebih. Hantar kedai juga tambah span and salin kulit.

Pasang lantai vinyl getah yang gam. Pasang area depan sini saja sebab lantai kayu tak sama rata. Tak berapa nak cantik dan jadi mudah terkoyak. Beli di lazada saja (lazada habis stock).

Link Shopee :

Sebelum Dan Selepas :

Proses mengecat. Kami download apps jotun dan cuba tengok warna mana yang sesuai dengan ruang kita. Anak-anak dan suami buat kerja mengecat.

Rak buku dibeli dari IKEA. Bagi Muaz saja pasang. Dia teliti sikit dan pandai baca manual.

Ini adalah kayu slab yang sudah di cat semula. Papan lantai tak sama dan ada yang pernah diserang anai-anai. Sebab itu decide tak pasang keseluruhan lantai dengan vinyl getah.

Design ini terpengaruh dengan siri di HGTV. Rumah mereka ada ruang untuk permainan “pool”. Kita letak meja ping pong.

Tempat lepak dan bermain mini carom dan dam aji.

Inilah laman Ilmu Ar Razi.

Nama laman ilmu Ar-Razi diambil sempena nama arwah baba.

Itu sahaja perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat.
Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram