Ubahsuai Rumah Teres Yang Buruk Bermodalkan RM100K | Giler Deco

Ubahsuai Rumah Teres Yang Buruk Bermodalkan RM100K

ubahsuai rumah teres

Memiliki sebuah rumah banglo yang mewah dan cantik semestinya menjadi impian semua. Tetapi tidak semua diantara kita mampu untuk memilikinya. Ini kerana harga sebuah rumah banglo di Malaysia boleh mencecah hampir ribuan ringgit.

Rumah kediaman seperti rumah teres juga tidak kurang hebatnya jika anda bijak untuk menyusun atur atau dekorasinya dengan baik. Hanya berbekalkan minat dan sedikit kesungguhan, anda mampu untuk ubahsuai rumah teres kecil anda menjadi rumah idaman.

Seperti yang dikongsikan oleh Diana Zain ini, beliau berkongsikan beberapa gambar ubahsuai rumah teres beliau. Ubahsuai tersebut dilakukan oleh Deco Rumahku Syurgaku. Jom kita tengok hasil ubahsuai rumah teres tersebut

Ubahsuai Rumah Teres Buruk Kepada Rumah Mewah Seakan Banglo Bermodalkan RM100K

 

Luar Rumah Sebelum dan Selepas Diubah Suai

ubahsuai rumah teresSelepas diubahsuai, awning depan ditambah lagi 3 kaki ke depan dan dinaikkan 3 kaki ke atas. Tembok depan juga dipecahkan dan ditkarkan menggunakan pagar yang boleh buka keseluruhan ruang.

Bahagian Porch

Hall juga telah ditambah 4 kaki ke depan, pintu dan tingkap ditukar kepada sliding door. Untuk bahagian porch pula, lantai menggunakan mozek sepenuhnya.Make Over Rumah Teres

Bahagian Ruang Tamu

Sebelum diubahsuai, rumah ini mempunyai ruang tamu yang agak kecil dan pintu bilik ke-3 yang betul-betul menghadap ke ruang tamu. Selepas renovate ruang tamu tampak lebih luas dan pintu bilik ke-3 juga telah diubah kedudukannya menghala ke dapur untuk menjadikannya lebih privacy. Siling juga ditukar kepada siling kapur+cornish.Make Over Ruang Tamu Rumah Teres

  • Lampu dan kipas = CK Lighting
  • Skybird = Shopee (160cm tggi)
  • Jam = Shopee (60cm)
  • Karpet = Ikea
  • Kerusi dark coklat= Caler Home
  • Meja lama yang dibeli 11 tahun lalu. Untuk nampak lebih up to date dengan tema Modern Minimalist, permukaan meja yang digunkan adalah dari DIY ,wallpaper serta sarung kerusi adalah dari Shopee

ubahsuai rumah teres

  • Sofa = Caler Home
  • Tv Cabinet = Caler Home
  • Coffee Table = Shopee
  • Carpet = Carpet Prime
  • Pokok = Romantika
  • Langsir = Kedai Pakistan

Make Over Ruang Tamu Rumah Teres

Untuk hall saya guna 2 jenis cat Jotun Majestic Washed Linen dan Joton Majestic Persian Khaki. Wainscoting tu tuan rumah buat sendiri tau, kalau nk upah RM1k juga. Buat sendiri RM170 sahaja.

Make Over Ruang Tamu Rumah Teres

Bahagian Dapur
Make Over Dapur Rumamh Teres
Ini adalah pintu bilik ke-3 selepas reno menghala ke dapur. Table counter untuk lepak-lepak sambil teman bini masak….hehe
Make Over Dapur Rumah Teres
Bilik Utama
Make Over Bilik Rumah Teres
Bilik ke-2
ubahsuai rumah teres
Sebelum diubahsuai pintu tandas menghala di dapur, selepas diubahsuai pintu tandas asal menghala ke dalam bilik.
ubahsuai rumah teres
Bilik ke-3
Tandas
Tandas bilik

Macam mana? Cantik kan? Usahlah anda meresa sedih jika hanya menetap di kediaman kecil dan sempit. Hanya dengan sedikit kesungguhan dan berbekalkan minat, anda mampu mengubahnya menjadi kediaman yang mewah seperti rumah idaman! Selamat Menghias!

Sumber : Deco Rumahku Syurgaku

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- “The Power Of MTD”. Rumah Sewa Yang Buruk & Usang Terus Nampak Baru & Elegan

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram