Tinggal di rumah sewa sudah pasti banyak perkara yang perlu dihadkan dalam menghasilkan sesuatu dekorasi. Hal ini kerana, rumah sewa tidak boleh ditebuk dinding sesuka hati, takut pecah rumah orang pula nanti. Melainkan tuan rumah sudah memberi keizinan penyewa untuk mencantikkan lagi rumah sewa itu.
Jadi, bagi menghasilkan dekorasi tanpa meninggalkan kesan kekal pada rumah sewa tersebut. Wanita yang bernama Noor Hafiza Mohamad ini telah menghasilkan dekorasi bajet dengan hanya menggunakan wallpaper dan sticker sahaja.
Idea ubahsuai bilik air ini ditujukan khas kepada yang masih menyewa bagi menghasilkan dekorasi bilik air yang cukup menarik seperti yang dihasilkan ini.
Jom ikuti perkongsian menarik ini dengan lebih lanjut.
Deko simple tandas rumah sewa sis.
Beginilah rupa bilik air rumah sewa ini sebelum diubahsuai.
Barangan mandi dan pencuci muka hanya diletakkan pada rak gantung sahaja dengan menggunakan hook.
Disebabkan rumah sewa tidak boleh ditebuk, beliau jadikan hook sebagai pilihan untuk menghasilkan dekorasi pada bilik air ini.
Inilah hasilnya bilik air setelah selesai diubahsuai.
Kesemuanya botol alatan mandian dilekatkan dengan sticker.
Gambar lebih jelas botol mandian yang telah dilekatkan dengan sticker label.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai ubahsuai bilik air rumah sewa pada kali ini.
Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua dalam cuba menghasilkan dekorasi pada rumah sewa masing-masing. Semoga bermanfaat.