Ubahsuai Tandas Rumah Sewa Guna Wallpaper Marble

5,761 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tinggal di rumah sewa sudah pasti banyak perkara yang perlu dihadkan dalam menghasilkan sesuatu dekorasi. Hal ini kerana, rumah sewa tidak boleh ditebuk dinding sesuka hati, takut pecah rumah orang pula nanti. Melainkan tuan rumah sudah memberi keizinan penyewa untuk mencantikkan lagi rumah sewa itu.

Jadi, bagi menghasilkan dekorasi tanpa meninggalkan kesan kekal pada rumah sewa tersebut. Wanita yang bernama Noor Hafiza Mohamad ini telah menghasilkan dekorasi bajet dengan hanya menggunakan wallpaper dan sticker sahaja.

Idea ubahsuai bilik air ini ditujukan khas kepada mereka yang masih menyewa bagi menghasilkan dekorasi bilik air yang cukup menarik seperti yang dihasilkan ini.

Jadi, bagi mengikuti dengan lebih lanjut. Jom kita ikuti di bawah ini.

Ubahsuai Tandas Rumah Sewa Guna Wallpaper Marble

Deko simple tandas rumah sewa sis.

Beginilah rupa bilik air rumah sewa ini sebelum diubahsuai.

Ubahsuai Tandas Rumah Sewa

Barangan mandi dan pencuci muka hanya diletakkan pada rak gantung sahaja dengan menggunakan hook.

Ubahsuai Tandas Rumah Sewa

Disebabkan rumah sewa tidak boleh ditebuk, beliau jadikan hook sebagai pilihan untuk menghasilkan dekorasi pada bilik air ini.

Ubahsuai Tandas Rumah Sewa

Inilah hasil bilik air setelah selesai diubahsuai.

Ubahsuai Tandas Rumah Sewa

Kesemua botol alatan mandian dilekatkan dengan sticker.

Ubahsuai Tandas Rumah Sewa

Gambar lebih jelas botol mandian yang telah dilekatkan dengan label sticker.

Ubahsuai Tandas Rumah Sewa

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini.

Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam cuba menghasilkan dekorasi pada rumah sewa masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down