"Upgrade" Rumah Anda Tanpa Keluarkan Belanja Yang Besar

1,369 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah tak anda berasa bosan dengan kediaman yang sedia ada sekarang anda ingin memberi wajah baru pada kediaman tanpa perlu membayar apa-apa pun?

Jika YA, apa yang anda hanya perlukan sekarang adalah sedikit kreativiti, kerajinan dan imaginasi yang tinggi untuk melakukannya. Dengan ini anda dapat "upgrade" rumah anda tanpa keluarkan belanja yang besar.

Hari ini giler deco ingin berkongsi tip-tip dengan anda macam mana untuk "upgrade" rumah anda tanpa keluarkan belanja yang besar. Anda mampu membuatnya jika anda mengikut tip-tip dibawah ini. Ayuh kita tengok.

"Upgrade" Rumah Anda Tanpa Keluarkan Belanja Yang Besar

 

1. Wujudkan Dinding Galeri

Dirumah anda terutama ruang tamu, elok anda menggantungkan gambar-gambar lama ker sesuatu tempat khas. Kumpulkan semuanya disitu supaya ia menjadi sebagai focal point sesebuah ruang apabila tetamu bertnadang dirumah.

Bergantung pada berapa ukuran dinding, susun bingkai gambar mengikut kesesuaian. Pastikan anda tidak menggantung terlalu banyak bingkai bersaiz kecil kerana ia akan membuatkan dinding nampak semak dan sibuk.

Agar Ruangan Lebih Unik, Tilik 6 Tips Gunakan Hiasan Dinding Ini - Gaya Tempo.co

2. Ubah Kedudukan Katil Anda

Anda sedar atau tidak bahawa katil anda dalam kedudukan yang salah? Jangan risau kerana ini adalah masa untuk anda ubah kedudukan katil tersebut. Katil seharusnya diletakkan di dinding yang paling ‘panjang’ di dalam bilik.

Jika anda meletakkan katil didinding yang pendek, ia memberikan ruang mati dikaki katil dan menjadikan bilik anda kelihatan kecil.

Feng Shui Bed Positioning Ideas for Good Sleep and Happiness | LoveToKnow

3. Menghiasi Pasu Yang Kosong

Ini adalah perkara yang paling mudah iaitu menghiasi pasu yang kosong untuk memberikan nafas yang baru buat sesetangah ruang. Untuk menghiasinya, anda tidak perlu membelinya dikedai, cukup sahaja dengan menghiasinya dengan bunga yang ada diluar rumah anda.

"Upgrade" Rumah Anda

4. Menukarkan Susun Atur Ruang Tamu

Cuba tengok pada kedudukan ruang tamu anda yang sekarang? Adakah ruang tamu anda mempunyai susun atur yang menarik atau tidak?

Tukarkan ruang tamu anda menjadi lebih mesra pengguna. Kerusi tidak semestinya perlu dirapatkan ke dinding. Jadi anda boleh alihkan sofa dan kerusi-kerusi lain agar lebih dekat antara satu sama lain bagi mewujudkan kenyamanan.

"Upgrade" Rumah Anda

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Makeover Bilik Air Bajet Tanpa Perlu Renovate!!!

Follow Facebook kami juga DISINI.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down