Wajib Cuba! 6 Idea Dekorasi Bilik Air Agar Kelihatan Lebih Kemas Dan Teratur

2,877 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bilik air adalah merupakan salah satu tempat yang sering digunakan oleh semua pemilik rumah. Memiliki bilik air yang kemas dan teratur memang menjadi idaman setiap orang di dunia ini. Dengan memiliki bilik air yang kemas mampu membuatkan kita berasa selesa apabila menggunakannya. Tidak dinafikan untuk menghias bilik air adalah salah satu hal yang sukar untuk direalisasikan tanpa adanya idea yang menarik. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi 6 idea dekorasi bilik air agar kelihatan lebih kemas dan teratur.

6 Idea dekorasi Bilik Air Agar Kelihatan Lebih Kemas Dan Teratur :

 

1.  Dekorasi Batu Lautan

 

Mudah sahaja untuk hias menggunakan batu hiasan ini. Apa yang anda perlu buat hanya menggunakan tirai atau kain langsir yang lama yang tidak digunakan lagi dan tampalkan batu lautan tersebut dengan gam diatas kain langsir tersebut. Susun supaya nampak kemas dan letakkannya didepan kaki pintu bilik air.

2. Dekorasi Balang Kaca

 

Untuk balang kaca, anda boleh gunakan balang kaca yang kosong dan seterusnya lekatkan di dinding. Di dalam itu anda boleh letak tisu tandas, putik kapas, sabun mandi kering dan apa saja bergantung kepada kreativiti  anda sendiri.

3. Dekorasi Bakul Rotan

 

Bakul rotan agak unik kerana ianya boleh dipelbagaikan bentuknya mengikut citarasa yang anda mahukan.

4. Dekorasi Pin Rambut

 

6 Idea Dekorasi Bilik AirBagi anda yang selalu hilang atau tak jumpa cari di mana letaknyapin rambut, apa kata kalau anda beli magnet yang panjang dan lekatkan pada bilik air. Kemudian lekatkan pin rambut besi di magnet itu supaya tidak lagi jatuh dan hilang.

5. Dekorasi Tangga Hiasan

 

6 Idea Dekorasi Bilik Air

Sekiranya terdapat tangga pendek yang tidak digunakan atau tangga yang terbiar, anda boleh cat semula tangga tersebut supaya kelihatan lebih cantik. Kemudian letak tangga tersebut dan anda boleh guna untuk sidai kain tuala atau pakaian untuk dipakaikan selepas mandi.

6. Dekorasi Botol

6 Idea Dekorasi Bilik Air

Botol minuman yang sudah  tidak digunakan boleh lakukan diy untuk letakkan sabun mandi, syampoo dan sebagainya.

Kredit : Sinar.my

Baca juga : Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti? Masalah Ini Selesai Hanya Dengan Menggunakan…….

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down