Wanita Ini DIY Meja Usang Jadi Kabinet Dapur Dengan Bajet Kurang RM100! | Giler Deco

Wanita Ini DIY Meja Usang Jadi Kabinet Dapur Dengan Bajet Kurang RM100!

diy kabinet dapur

Memang sudah menjadi kebiasaan pada masa kini sengala peralatan dan perabot dapur dibeli sahaja. Jika anda memang berkemampuan tidak salah anda membelinya. Tetapi ada juga sebahagian dari kalangan kita yang kurang mampu dalam untuk mendapatkan perabot rumah. Jadi tidak salahnya jika anda cuba sendiri untuk diy perabot dapur rumah anda. Perkongsian kali ini adalah dari Syazana Arifin yang ingin berkongsi mengenai diy meja usang jadi kabinet dapur dengan bajet kurang rm100!

Wanita Ini DIY Meja Usang Jadi Kabinet Dapur Dengan Bajet Kurang RM100! :

Salam. Sedikit perkongsian diy meja usang jadi kabinet dapur. Kos dalam lingkungan Rm100 lebih ada lebihan playwood dan barang lain lagi.

Belum ada rezeki nak duduk rumah sendiri lagi. Jadi kita diy je la kabinet dapur bajet ni mana tahu boleh bagi idea kat orang lain juga.

Ini adalah meja lama tuan rumah. Tuan rumah pesan tak nak pakai kau buang saja. Khazanah berharga ni. Ada macam2-macam tulisan purba.

diy kabinet dapurLepas dah bersihkan meja tu. Letak plywood 12mm. Pastu tampal je la wallpaper.. Itu je laa paling mampu buat masa sekarang.

diy kabinet dapurSelepas itu, Sambung buat la laci pula. Laci asal meja ni memang dah tak ada.

diy kabinet dapurKung kang kung kang kung kang. Sampai malam diy tak siap-siap. Nasib baik ada pembantu syif malam. Ni aku pasang roda.

diy kabinet dapur

Ni aku cuba diy tempat letak tong sampah bergerak dan bawah tu laci plastik sampah. kalau kau tengok nipis je kan plywood 5mm aku guna tu. Takot pulak roboh kalau tarik.

DIY Meja Usang

Lepas pasang pintu letak semua handle ke apa orang panggil tu.

DIY Meja UsangIni adalah laci tempat letak minyak dan perkakasan lain.

DIY Meja UsangIni pula adalah tempat letak peralatan seperti sudu dan sebagainya.

DIY Meja Usang

Bawah ni aku letak tisu.

DIY Meja UsangDan ini adalah tempat tong sampah bergerak.

DIY Meja UsangItu sahaja perkongsian kita untuk kali ini.Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea untuk diy perabot lama.

Baca juga : Transformasi Rumah Teres Usang 30 Tahun Kepada Konsep “Double Storey Sunroof”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram