Wanita Ini Kongsi Hasil Dekorasi Rumah Adiknya Yang Bertemakan Hostel & Travel | Giler Deco

Wanita Ini Kongsi Hasil Dekorasi Rumah Adiknya Yang Bertemakan Hostel & Travel

dekorasi hostel

Siapa yang tidak suka travel kan? Melalui travel, kita akan dapat pendedahan yang sangat banyak dan meluas. Apabila travel juga, kita dapat menerokai pelbagai dekorasi rumah atau tempat yang sangat cantik dan menarik. Ia boleh dijadikan sebagai ilham atau inspirasi.

Macam yang dilakukan oleh Kenyalang Celup ini, beliau telah travel ke serata dunia dan beliau telah melakukan satu dekorasi rumah yang bertemakan hostel dan travel bersama kakaknya, Liss Oshin. Liss Oshin yang turut membantu beliau juga telah berkongsikan dekorasi tersebut didalam laman Facebook.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua dekorasi-dekorasi rumah yang bertemakan hostel dan travel ini. Jom kita tengok hasil dekorasi rumah tersebut.

Wanita Ini Kongsi Hasil Dekorasi Rumah Adiknya Yang Bertemakan Hostel & Travel

Hasil deko rumah bujang dengan tema hostel dan travel Rumah saiz kecik jer tapi tak suka tengok rumah kosong, so main letak je la apa-apa item dekorasi asalkan dapat memenuhi ruang. Kebanyakan DIY jer.

INSPIRASI DARI LUAR NEGARA

Liss Oshin berkata hasil ini di inspirasikan daripada hostel luar negara ketika travel. Disebabkan adiknya, Kenyalang Celup suka sangat mengembara ke luar negara. Jadi, beliau telah melihat banyak dekorasi-dekorasi yang unik dan ingin dijadikan sebagai dekorasi untuk rumahnya.

DEKORASI RUMAH BERTEMAKAN HOSTEL & TRAVEL

dekorasi hostel

dekorasi hostel

dekorasi hostel

dekorasi hostel

dekorasi hostel

Macam mana dengan dekorasi ini? Cantikkan? Dihasilkan oleh Kenyalang Celup, memang tidak dinafikan lagi beliau memang pandai dalam dekorasi ini. Kepada anda yang kaki travel, boleh dah ambik inspirasi daripada luar negara dan jadikan dekorasi untuk rumah sendiri.

Sumber : Lisa Oshin

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- DIY ” Wall Divider ” Dari Kayu Pallet Untuk Lindungi Ruang Dapur Anda

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram