Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Kasut Supaya Lebih Tersusun

484 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

KEBANYAKAN daripada kita memiliki lebih daripada sepasang kasut, tidak kiralah sama ada ia melibatkan kasut untuk ke tempat kerja mahupun kasut untuk bersukan.

Namun, itu bukanlah menjadi suatu kesalahan untuk memiliki lebih daripada sepasang kasut jika anda adalah orang yang berkemampuan. Jangan bimbang kerana lumrah manusia ingin membeli sesuatu yang baharu walaupun sebenarnya barangan lama masih elok dipakai.

Kadang-kadang untuk memilih kasut ketika hendak digayakan pun menjadi suatu masalah apabila berterabur di atas lantai. Maka untuk menyelesaikan segala permasalahan itu, ayuh ikuti 5 tips simpan kasut yang dikongsi oleh wanita ini untuk menyimpan kasut-kasut agar nampak lebih tersusun dan tidak sakit mata memandang!

TIPS SIMPAN KASUT SUPAYA LEBIH TERSUSUN

 

  • Jangan letak atas lantai.

    Jangan biarkan kasut anda bersepah di atas lantai kerana ia akan menyukarkan anda mencari kasut yang sama! Anda boleh gunakan rak kasut yang fancy untuk menyimpan kasut kerana ia dapat mendorong anda untuk menyusunnya selepas setiap kali guna.
  • Susun Ikut Kategori
    tips simpan kasut

    Susun kasut mengikut kategori kasut yang anda sering guna dan jarang pakai atau mengikut warna dan jenis aktiviti. Kasut yang jarang dipakai hendaklah diletakkan di bahagian atas rak atau almari kasut.
  • Gunakan Rak Yang Jimat Ruang

    Jika anda memiliki ruang yang sempit, gunakan rak kasut yang jimat ruang seperti ini.
  • Gunakan Penyakut Baju
    tips simpan kasut
    Ambil penyangkut baju diperbuat daripada besi dan potong di bahagian tengah untuk melenturkannya     kepada bentuk melengkung ke atas. Gantung sandal atau selipar menggunakan penyangkut itu dan susun di palang almari bilik anda atau di mana sahaja ruangan yang anda rasa sesuai.
  • Gunakan Rak Kasut Yang Multi-Fungsi
    tips simpan kasut
    Gunakan rak kasut multi-fungsi seperti ini agar anda boleh menyimpan kasut anda dan pada masa yang sama anda juga boleh gunakan rak kasut tersebut sebagai kegunaan yang lain, contohnya rak kasut seperti gambar di atas ia juga boleh dijadikan sebagai kerusi.Barulah rumahku syurgaku!

Kredit : Jual Beli Hartanah

 

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down