Langkah Hasilkan Cermin Vanity Dengan Cara DIY

16,696 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Cermin merupakan satu benda yang wajib ada di setiap rumah. Cermin sering digunakan oleh semua orang sama ada untuk berdandan dan melihat cela yang ada pada wajah.

Selain itu, banyak lagi kegunaan cermin. Ada juga yang menggunakan cermin untuk membuatkan ruangan rumah dan bilik kelihatan lebih luas daripada saiz asal.

Semua sudah mengetahui, kalau nak beli dekat kedai, harga cermin dekat pasaran boleh tahan juga mahalnya. Apa kata cuba lakukan DIY cermin vanity sendiri mengikut citarasa anda. Ianya sangat sesuai bagi golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli cermin vanity mahal. 

Untuk kali ini, Giler Deco mahu berkongsi satu projek DIY yang dihasilkan oleh Siti Teha mengenai DIY cermin vanity. Jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

DIY Cermin Vanity:

Bahan yang diperlukan:

  • 4 keping cermin
  • Kotak
  • Wayar
  • Plug
  • Gam UHU
  • Lampu
  • Wallpaper
DIY Cermin Vanity

Cara - Caranya:

1. Tebuk lubang sebanyak mana yang anda mahu untuk letak lampu itu. Cermin itu dibeli dekat kedai Eco RM2. Kotak recycle sahaja mana yang ada. Kotak yang digunakan adalah kotak aircond sebab saiznya lebih besar.

DIY Cermin Vanity

2. Pasang wayar seperti ini. Wayar pun boleh beli dekat Kedai Eco RM2 sahaja. Tetapi, beliau guna wayar yang sedia ada dekat rumah sahaja sebab ada wayar lebih.

DIY Cermin Vanity

Wallpaper boleh dibeli di kedai Eco sahaja.

Langkah Hasilkan Cermin Vanity Dengan Cara DIY

Ini adalah hasilnya. Memang setanding cermin mahal yang dijual di pasaran. Bekas makeup itu pun dibeli di kedai Eco RM2.

Langkah Hasilkan Cermin Vanity Dengan Cara DIY

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca yang tidak berkemampuan di luar sana untuk cuba memiliki cermin vanity sendiri. Semoga bermanfaat

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down